Penyanyi dan pensyarah terkenal, Najwa Latif berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama semalam.

Tarikh bersejarah itu menjadi lebih bermakna kerana ia turut jatuh pada ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama suami tercinta, Akwa Arifin.

Dalam hantaran di Instagram, pasangan itu meluahkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran bayi mereka sambil menyifatkan ia sebagai hadiah terindah dalam hidup.
“Assalamualaikum. Allahumma barik. Alhamdulillah, Najwa dan saya sangat gembira untuk berkongsi bahawa kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11.11.2025, tarikh yang lebih istimewa kerana menandakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga. Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga doa anda dikembalikan dengan lebih besar, insya-Allah,” ujar Akwa dan Najwa.

Ruangan komen pada Instagram turut dibanjiri dengan ucapan tahniah.
“Alhamdulillah, tahniah Wawa dan Akwa!” ujar seorang netizen.

Ada juga yang teruja dan mengaitkan tarikh itu dengan acara membeli-belah tahunan utama yang menampilkan diskaun, baucar dan promosi yang ketara.
“Wow, 11.11! Penghantaran percuma! Hehe, tahniah Wawa dan Akwa!,” kata seorang lagi pengguna Internet. -Boom!










