Selepas hampir dua dekad, kumpulan rock ikonik dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR) akhirnya mengesahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Asia Tenggara mereka pada 30 April 2026.
Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi MCR, sekali gus menamatkan segala spekulasi dan teka-teki peminat tempatan sejak kemunculan mesej misteri berbunyi “Malaysia, are you okay?” di papan iklan digital gergasi, baru-baru ini.
@alleefashaari Spotted at Bukit Bintang, KL. Is this a teaser for #MCR returning to Malaysia! Hopefully, yes! #MyChemicalRomance #MCRmy #Malaysia ♬ I’m Not Okay (I Promise) – My Chemical Romance
Konsert tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun butiran lanjut seperti harga tiket dan tarikh jualan masih belum diumumkan.
Peminat mula membanjiri ruang komen dengan rasa teruja, apatah lagi ini merupakan kemunculan semula MCR selepas 19 tahun, sejak konsert terakhir mereka di Malaysia pada 9 Disember 2007 menerusi The Black Parade Tour yang menarik lebih 10,000 penonton.
MCR yang ditubuhkan pada 2001 dan berasal dari New Jersey, dianggotai oleh Gerard Way, Ray Toro, Frank Iero dan Mikey Way.
Antara lagu popular mereka yang terus menjadi siulan peminat termasuk Welcome to The Black Parade, Helena, I’m Not Okay dan I Don’t Love You.
Selain Malaysia, jelajah Asia Tenggara mereka turut meliputi Korea Selatan, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia. – BOOM!










