Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Mula Masak Di Rumah, Mila Jirin Kini Berbangga Pencapaian Biz Milla Catering

27/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in BOOM!
Mula Masak Di Rumah, Mila Jirin Kini Berbangga Pencapaian Biz Milla Catering

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pernah meraih populariti sebagai juara sebuah program realiti TV, Mila Jirin mengubah perjalanan hidup apabila memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya.

Dalam tempoh 15 tahun terbabit dalam bidang perniagaan, Mila kini mampu berbangga dengan pencapaian bisnes sendiri iaitu Biz Milla Catering (M) Sdn Bhd yang sudah 10 tahun berada dalam pasaran.

“Saya berjinak dalam perniagaan sejak 15 tahun meskipun datang sebagai anak seni. Biasalah dalam industri seni ada pasang surut dan saya menceburi bidang perniagaan sehingga kini mempunyai pasukan seramai 250 orang di 7 cawangan dan 18 bankuet hall,” katanya.

Menurut Mila atau nama sebenar, Syarmilla Jirin, dia menceburi bidang makanan dan minuman (F&B) apabila membuka restoran, 15 tahun lalu.

“Ketika itu saya membuka restoran Thai Seafood. Selepas itu bila banyak permintaan orang tempah makan, datang idea daripada suami untuk buat katering.

“Selepas itu banyak pula orang tempah untuk majlis perkahwinan, jadi kami membangunkan jenama Biz Milla dan membuka bankuet hall pertama di Subang Jaya,” katanya.

Mila mengakui, kerjaya dalam bidang seni suatu yang sukar dibandingkan perniagaan.

“Dalam kesempitan apabila pendapatan dalam bidang seni menurun dan saya anak sulung dalam keluarga menjaga mak ayah dan adik 2 orang.

“Pada usia seawal 19 tahun saya sudah menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, itu menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif apa yang perlu saya buat untuk pastikan keluarga saya tidak menghadapi kesukaran dan saya mula berniaga daripada buat kek dan masak di rumah kemudian hantar kepada produksi,” katanya.

Baginya, memilih bisnes makanan adalah lebih dekat kerana ia adalah keperluan dan lebih mudah untuk dibuat berbanding kosmetik.

“Saya memilih industri yang sangat senang untuk bermula. Bila Allah bagi ujian sebenarnya Allah nak bagi jalan memperkembangkan perniagaan,” katanya.

Mila, 35, berkongsi tiga tips kejayaan dalam bisnes iaitu pertama, menyediakan perniagaan yang membantu menyelesaikan masalah pelanggan.

“Kedua, kualiti yang perlu diberi keutamaan dan ketiga, keikhlasan dalam menyediakan segala jenis perkhidmatan termasuk membabitkan dalam pasukan. Kita nak pelanggan datang semula.

“Sebagai contoh kalau anak dia berkahwin dekat Biz Milla, kalau ada 6 orang anak semua kahwin di Biz Milla,” katanya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes yang dijalankan Mila, jangan lupa saksikan temu bual bersamanya dalam program bual bicara terbaharu, Sembang Protege x KRU dalam Episod 8 – ‘Membina Dream Team’ menerusi platform laman sosial PROTEGE di YouTube, Facebook dan Instagram.- BOOM!

Previous Post

ZIM ZIM ALA KAZIM KISAH SEBENAR GANGGUAN SIHIR USTAZ KAZIM ELIAS?

Next Post

Sempena Cawangan Keenam Di Semenyih, ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan 6 Hari 6 Malam

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayar RM1 Pun Saya Buat!” – Joe Flizzow Sedia Bekerjasama Semula Dengan Malique

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Nak Cili Mulut Dia..” – Intan Najuwa Terkilan Ditegur Kulit Semakin Gelap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd