Selepas dua tahun menyepi, kumpulan gadis popular Korea Selatan, MOMOLAND, mengumumkan kemunculan semula mereka dengan menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi baharu, Inyeon Entertainment.
Kumpulan ini kini terdiri daripada enam anggota asal iaitu Hyebin, Jane, Nayun, JooE, Ahin, dan Nancy.

“Kami baru-baru ini menandatangani kontrak eksklusif dengan MOMOLAND untuk promosi kumpulan mereka,” kata wakil Inyeon Entertainment.
MOMOLAND mula dikenali pada tahun 2016 melalui program realiti “Finding Momoland” dan melonjak populariti dengan lagu hit “BBoom BBoom” pada tahun 2018.
Lagu tersebut bukan sahaja menjadi fenomena di Korea Selatan tetapi juga mendapat sambutan hangat di Amerika Selatan dan Filipina.
Pada Januari 2023, MOMOLAND mengumumkan pembubaran rasmi selepas kontrak mereka dengan MLD Entertainment tamat.
Namun, dengan penandatanganan kontrak baharu ini, mereka bersedia untuk kembali ke industri muzik dengan semangat baharu.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh comeback atau projek baharu, peminat setia, dikenali sebagai Merry-Go-Rounds, sudah tidak sabar menantikan persembahan dan muzik baharu dari kumpulan kesayangan mereka. – BOOM!









