Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

MOJO Kongsi Kisah Realiti Hidup Dalam EP CODA, Rakam Empat Muzik Video

26/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
MOJO Kongsi Kisah Realiti Hidup Dalam EP CODA, Rakam Empat Muzik Video

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelancaran empat lagu bersama video muzik dalam tempoh setahun merupakan pencapaian luar biasa bagi kumpulan muzik terkenal, MOJO.

Sejak penggabungan semula setahun yang lalu, MOJO mencipta sejarah dengan melancarkan empat single dan video muzik menerusi pengeluaran EP terbaru mereka berjudul CODA.

 Kemunculan MOJO menerusi lagu ‘comeback’ berjudul Superstar berjaya meraih sambutan luar biasa bukan sahaja di Malaysia tetapi Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menerusi lagu Korbankan Kita, MOJO yang terkenal dengan ‘power ballad’ sekali lagi membuktikan kehebatan mereka menguasai carta-carta radio dan televisyen sehingga berjaya layak ke peringkat separuh akhir program Muzik-Muzik.

Aweera.

CODA adalah bahasa Itali yang bermaksud penamat, di mana album ini menampilkan empat buah lagu. Dua lagu iaitu Superstar dan Korbankan Kita dilancarkan pada tahun lalu sementara video muzik Derhaka iaitu single ketiga MOJO dilancarkan pada 2 Februari lalu.

Kini, video muzik Takdirku yang merupakan lagu terakhir dan pelengkap album CODA telah dikeluarkan pada 19 Februari lalu. Lagu Takdirku meneruskan tradisi MOJO dengan acuan ‘modern rock’ ciptaan bersama Edry Abdul Halim dan Denny.

Memandangkan Edry menetap di Manchester, England, keempat-empat video muzik ini menjalankan penggambaran secara serentak pada Februari tahun lalu manakala penceritaan setiap video muzik dibuat di lokasi dan waktu berbeza.

Edry Abdul Halim.

Menurut Aweera, dia teruja dengan penyatuan semula anggota MOJO yang menampilkan barisan pemuzik asal bagi meneruskan legasi muzik rock tempatan.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat kami kongsikan kisah-kisah realiti hidup kami menerusi lirik dan melodi dalam mini album CODA,” katanya.

Menurut Edry, keputusan untuk menampilkan CODA sebagai judul album amat bertepatan sebagai catatan terakhir untuk peminat.

“Saya bersyukur kerana lagu kami sentiasa dekat dihati mereka,” katanya.

Denny.

Sementara itu Denny pula menganggap album CODA umpama sebuah karya jejak kasih MOJO dan ada sejuta cerita di dalam perjalanan hidup dikongsi dalam lirik dan lagu.

Johar pula menyifatkan EP CODA sangat sentimental buat dirinya kerana ia menggambarkan kepulangan mereka selepas berehat daripada rehat yang singkat.

“Banyak cinta, keringat dan semangat dicurahkan demi CODA. Semuanya diterjemahkan dalam satu naskah muzikal. Mari kita sama-sama menikmatinya,” katanya.

Johar.

EP CODA dalam format CD sudah berada di pasaran dan boleh diperolehi menerusi laman web www.kru2u.com. Album CODA juga kini berada di ke semua platform penstriman digital manakala video muziknya boleh di tonton di saluran YouTube KRU Music dan MOJO.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai MOJO, boleh melayari akaun YouTube, Instagram, Tik Tok, Facebook, Telegram dan Twitter iaitu MOJO. – BOOM!

Previous Post

KLIFAA 2024 Raih 3,135 Penyertaan, Malaysia Bakal Jadi Hub Perfileman Dunia

Next Post

Moga Kempen Ini Dapat Diteruskan Di New Zealand – Alif Satar

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Kukuhkan Peranan Bangunkan Pelapis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Ulas Isu Boikot IPhone

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Anggota NCT Pertama Tamatkan Latihan Ketenteraan Wajib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Jalani IVF Tahun Hadapan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd