Penyanyi rap terkenal, Machine Gun Kelly (MGK) membuktikan dirinya ‘cool dad’ apabila menghadiahkan kereta idaman buat anak perempuannya, Casie, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-16.
Menerusi video yang tular di media sosial, Casie kelihatan teruja menerima sebuah kereta hitam jenama Acura lengkap dengan riben merah besar di atasnya.
Malah, Casie terus memeluk erat bapanya sebaik menerima kejutan tersebut.
Lucunya, Casie belum pun dapat memandu kerana masih belum memiliki lesen.
“Sekarang tinggal nak ambil lesen je,” katanya sambil ketawa.
Penyanyi berusia 34 tahun itu yang berkongsi hak jagaan Casie bersama bekas kekasihnya, Emma Cannon, turut bergambar di sisi kereta tersebut. – BOOM!









