Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Mereka Masih Mampu Senyum ” – Artis Muda Gembleng Tenaga Bersih Kediaman Mangsa

26/12/2021
Charma Kieoleh Charma Kie
in Ekstra, Exposé, Gaya Hidup, Hiburan, Selebriti
“Mereka Masih Mampu Senyum ” – Artis Muda Gembleng Tenaga Bersih Kediaman Mangsa

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kehilangan nyawa serta kemusnahan harta akibat bencana banjir kilat yang melanda beberapa daerah baru-baru ini telah meninggalkan impak besar bukan sahaja kepada mangsa terlibat, bahkan seluruh warga.

Justeru enggan berdiam diri, sebilangan artis dan selebriti tanah air dilihat merata-rata turun padang bagi menyertai misi kemasyarakatan membantu penduduk yang terjejas.

(Dari kiri) Aman, Anna, Nina, Dafi dan Amirul berpuas hati dapat menyertai misi bantuan pascabanjir di Kampung Jawa, Hulu Langat.

Meninjau entri akaun media sosial milik bintang-bintang baharu dan muda yang sedang meningkat naik, mereka juga rancak menggembleng tenaga masing-masing demi meringankan beban insan-insan malang terbabit.

Tidak terkecuali, dua wajah baharu di bawah syarikat pengurusan MASK Team iaitu Amirul Asyhwad dan Anna Jobling yang mengerah kudrat empat kerat mereka melakukan aktiviti-aktiviti pembersihan di Hulu Langat, Selangor.

Hati Amirul terusik melihat kemusnahan di depan matanya.

Pendukung watak Midun dalam drama Cukup Derita Itu, Amirul atau Ahmad Amirul Asyhwad Ahmad Nizan, 25, berkata, senyuman mesra penduduk setempat melenyapkan kelelahannya sepanjang hari.

“Pilu hati saya melihat keadaan mereka yang hanya mampu berserah dan reda dengan nasib yang menimpa mereka.

“Malah mereka juga tidak mengeluh dan masih mampu tersenyum menyambut kehadiran pelbagai pihak termasuk beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang hadir menyerahkan sumbangan serta menghulurkan bantuan sewajarnya,” kata Amirul yang merupakan bekas pegawai penjara itu.

Gadis kacukan Pan Asia, Ana di sisi Dafi.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 21, pula mengakui, dia berasa sebak tatkala mendengar cerita penduduk di Kampung Jawa Batu 18 1/2 yang ada antaranya cuma tinggal sehelai sepinggang, namun tetap kekal positif berhadapan ujian Allah itu.

Selebriti-selebriti tempatan disambut mesra oleh penduduk setempat.

“Mereka amat mengharapkan kedatangan para sukarelawan ke kawasan mereka terutama dalam penglibatan pascabencana.

“Tenaga muda diperlukan untuk tugas-tugas pemunggahan objek-objek besar dan berat semasa proses mengemaskan halaman rumah penduduk,” tulis finalis program realiti Dewi Remaja 2019 tersebut.

 

Momen khidmat sosial Aman, Amirul, Dafi dan Nina melakukan kerja pembersihan sempat dirakamkan.

Sementara itu, bintang Akademi Fantasia musim kesebelas (AF 11), Aman Aziz atau Mohammed Razman Abdul Aziz, 28, yang turut serta dalam misi serupa bersyukur kerana diberi kesempatan mencurah bakti membuat kerja-kerja amal.

Aman (kiri) dan Nina turut meluangkan masa menziarahi mangsa banjir.

Menerangkan senario dihadapi mangsa yang berada dalam keadaan sukar dan teruk, Aman bagaimanapun berbangga menyaksikan ramai anak muda sebayanya berebut untuk sama-sama menyemarakkan program amal kebajikan.

“Waima dalam kalangan mereka masih belajar dan tidak bekerja, sekurang-kurangnya keberadaan di perkampungan ini dapat mengukir senyuman di bibir penduduk, di samping memberi sokongan moral,” ujar jejaka kelahiran Klebang, Melaka yang baru saja mengeluarkan single berjudul Tunggu Lama.

Bintang AF 11, Aman bangga dapat berkhidmat.

Khidmat sosial yang dilakukan pada Khamis lalu bermula dari jam 1 hingga 6 petang turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi yang juga anak kepada Perdana Menteri iaitu Dafi Ismail bersama-sama pelakon, Datin Nina Juren. – BOOM!

Previous Post

“Kami Tak Peduli” – Tajul Dan Wany Imbas Nostalgia Gemilang Duo Achik Bersama Nana

Next Post

“Penutup Terbaik 2021” – Fazley Yaakob Dianugerah Tokoh Usahawan Selebriti SEBA 2021

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ulasan Jujur Dan Harga Makanan Restoran Rembayung Raih Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd