Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice, Farra Inalis atau mesra disapa Elis, tampil berang selepas didakwa segelintir warganet kurang berkongsi momen bersama anak sulungnya, Aleesya Sofea.
Menurut Elis, dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana dia amat merindui Aleesya yang tidak dapat turut serta dalam percutian keluarga baru-baru ini.
“Anak aku kandung, aku melahirkan.
Kasih sayang tiada ganti, tiada istilah dilupakan atau pilih kasih,” katanya di Instagram.
Elis turut menegaskan, sebagai seorang ibu, kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berbeza.
Malah, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mereka.
“Kalau perlu gadai nyawa sendiri untuk selamatkan mereka, sedetik pun aku tak fikir.
Mereka keutamaan aku, jangan sentuh bab anak,” tegasnya lagi.
Tambah Elis, apa sahaja yang dikongsi di media sosial hanyalah sebahagian kecil kehidupannya, dan tidak perlu dijadikan ukuran terhadap kasih sayang seorang ibu.

Untuk info, Elis berkahwin dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli pada November 2022, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Airiel Qashaf.
Sebelum itu, Elis pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aleesya Sofea. – BOOM!










