Kontroversi melibatkan keluarga Beckham kembali meletup di pentas hiburan antarabangsa apabila isu nepotism baby (nepo baby) yang mengaitkan Brooklyn Beckham, 26, terus menjadi bahan perdebatan netizen.

Namun, dalam kekecohan itu, Mel C tampil bersuara mempertahankan sahabatnya, Victoria Beckham, 51..
Mel C atau lebih dikenali sebagai Sporty Spice, 52, menegaskan bahawa menjadi anak selebriti bukan tiket mudah untuk mendapatkan kejayaan.

Menurutnya, walaupun Brooklyn membesar dalam keluarga terkenal, dia tetap perlu bekerja keras dan membuktikan kebolehan sendiri seperti orang lain.
Kenyataan itu dilihat sebagai tamparan halus terhadap dakwaan netizen yang melabel Brooklyn sebagai anak emas yang hanya bergantung pada nama ibu bapa.

Pada masa sama, Mel C turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai ibu, mengakui bahawa membesarkan anak dalam bayang-bayang populariti bukanlah sesuatu yang mudah.

Isu ini semakin panas apabila ada pihak mendakwa hubungan Brooklyn dengan keluarganya semakin renggang, namun Victoria kekal berdiam diri.
Sokongan terbuka Mel C itu dilihat sebagai tanda solidariti Spice Girls, sekaligus mencetuskan semula perbincangan hangat mengenai realiti kehidupan anak selebriti di mata dunia. – BOOM!










