Dunia muzik digemparkan dengan pendedahan Mariah Carey bahawa beliau dan Michael Jackson pernah merakamkan sebuah lagu duet yang masih belum dikeluarkan kepada umum.
Dalam temu bual eksklusif bersama Andy Cohen menerusi rancangan Watch What Happens Live, Mariah mendedahkan bahawa lagu tersebut disimpan di bawah hak milik pihak Michael dan dirancang untuk dilancarkan dalam projek khas — dipercayai dokumentari baharu mengenai Raja Pop itu.

Mariah turut mengakui berasa sedikit kecewa kerana lagu berkenaan tidak dapat dimasukkan ke dalam albumnya “Rarities 2.0”, namun optimis bahawa peminat pasti akan jatuh cinta apabila ia akhirnya dirilis.
“Setiap kali saya mainkan lagu itu untuk seseorang, respons mereka sentiasa luar biasa,” kata Mariah.
Menariknya, lagu tersebut merupakan reinterpretasi salah satu karya klasik Michael, dengan Mariah menyumbangkan vokal utama dan harmoni latar. Walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan, ramai peminat menaruh harapan tinggi untuk mendengar kolaborasi bersejarah dua ikon muzik dunia ini.

Kolaborasi Mariah Carey dan Michael Jackson ini dianggap sebagai lambang seni tulen dan keabadian muzik universal, yang pasti dinanti seluruh dunia andai ia akhirnya didedahkan kepada umum.
— BOOM!









