Seorang pengguna laman web Reddit menuduh anggota Katseye, Manon sebagai pembuli, terbabit pengambilan dadah, selain bersikap buruk dan liar.

Dalam pendedahan itu, individu terbabit turut mendakwa Manon menggunakan teman-temannya untuk mendapatkan dadah, sengaja mengambil kekasih atau bekas kekasih rakan-rakannya, serta memainkan perasaan rakan-rakannya.
“Manon sebahagian daripada kelompok pergaulan yang besar di Zurich. Mereka semua menggunakan dadah bersama-sama. Dia melayan orang lain seperti sampah,” katanya.

Individu itu menambah, Manon bersikap malas dan sering tidak hadir ketika penggambaran sesuatu rancangan dijalankan, tetapi tetap menerima layanan istimewa.

Susulan itu, peminat tampil mempertahankan Manon dengan meminta individu terbabit berhenti menyebarkan berita palsu selain menggesa syarikat yang menaungi penyanyi itu untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang isu tersebut. –Boom!










