Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Mamat Exist Masih Di Bawah Pantauan AADK, Tanam Tekad Mahu Tinggalkan Najis Dadah

29/08/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Selebriti
Mamat Exist Masih Di Bawah Pantauan AADK, Tanam Tekad Mahu Tinggalkan Najis Dadah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Vokalis popular, Mamat yang sebelum ini sering terkait dengan isu penyalahgunaan dadah nekad untuk ‘bersih’ dan memberi komitmen terhadap Konsert Resolusi Exists.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 44, berkata, peningkatan usia antara sebah dia ingin berubah dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Rakan-rakan Exists yang panggil saya semula sudah tentu saya berbesar hati kerana inilah peluang terbaik untuk saya buat kemunculan semula dalam industri.

“Usia pun sudah 40-an, sekarang memang saya akan beri komitmen sepenuhnya terhadap kerja-kerja saya,” ujar Mamat.

Meskipun begitu, Mamat mengakui dia masih dipantau pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan dirinya ‘bersih’ daripada dadah.

“Saya masih dalam pemantau dan mengikuti program anjuran AADK. Pemantau tidak begitu ketat, selepas melihat progres yang baik dan saya bukan jenis menghilang begitu sahaja.

“Cuma saya tidak boleh bergerak bebas seperti biasa. Lagipun saya tidak boleh lari kerana dikenali ramai dan mereka tahu tempat tinggal serta setiap jadual kerja saya.

“Apapun saya bersyukur kerana kehidupan saya kini lebih baik dan terurus,” ujar Mamat.

Terdahulu, Mamat pernah mencetuskan kontroversi apabila ditahan polis di Taman Perling, Johor, atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu ketika menunggang motosikal bersama rakannya beberapa minggu sebelum Konsert Exists Reunion pada 2019.

Dalam pada itu Mamat turut berkongsi keterujaannya tentang Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung pada 18 November depan di Zepp, Kuala Lumpur itu.

“Kesihatan saya berada dalam keadaan baik dan difahamkan saya akan menyanyi berbelas lagu juga. Sebagai persediaan untuk bertemu peminat, saya lebih banyak berlatih depan cermin,” tutur Mamat yang ditemui pada sidang media Konsert Resolusi Exists di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort di sini.

Konsert Resolusi Exists mencipta kelainan apabila Mamat akan berkongsi pentas bersama dua penyanyi baharu iaitu Pasha dan Eiz yang merupakan anak didik kumpulan legenda itu.

Buat peminat, tiket konsert yang dijual pada harga serendah RM 190 sehingga RM800 telah mula dijual pada 29 Ogos 2022.

Tiket boleh didapati menerusi laman web, www.ticket2u.com.my. – BOOM!

Previous Post

Kutip RM8 Juta, Air Force: Selagi Bernyawa Terbang Tembusi Pasaran Korea, Jepun Dan Taiwan

Next Post

Lizzy Cium Jay | Pink Venom Menciplak? | Aqish Disaran Hisap Dadah | Shuib – Zara Setuju

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd