Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Maafkan Kekhilafan Kami” – Tiga Pelakon Iklan Promosikan Aplikasi Gay Akui Mereka Naif

12/12/2021
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Eksklusif, Ekstra, Exposé, Hiburan
“Maafkan Kekhilafan Kami” – Tiga Pelakon Iklan Promosikan Aplikasi Gay Akui Mereka Naif

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon drama digital kontroversi berjudul Stay Away From Me iaitu Danish Iskandar tampil membuat permohonan maaf dalam satu sidang media dengan bersaksikan peguam.

Kehadiran Danish atau nama penuhnya Muhammad Danish Iskandar Muhammad Burhanuddin, 17, itu turut disertai dua lagi pelakon siri berkenaan iaitu Rees Ayman, 25 dan Hardy Saiful, 40.

“Maafkan kekhilafan kami berhubung isu yang tercetus. Kami sama sekali tidak menyokong golongan LGBT.

“Semua ini berlaku gara-gara kenaifan sendiri sebagai pendatang baharu serta kekurangan pengalaman.

“Justeru, saya sendiri akan lebih berhati-hati di masa hadapan supaya perkara sebegini takkan berulang,” janji Danish.

Menurut peguam mereka iaitu Datuk Wan Azmir Wan Majid, anak guamnya hanya dimaklumkan bahawa jalan cerita drama tersebut berkisarkan persahabatan dan tiada penceritaan berunsurkan hubungan songsang.

“Sepanjang penggambaran yang berlangsung antara Ogos hingga September lalu, pihak produksi tidak menjelaskan terperinci hal mempromosikan aplikasi pacaran sejenis Blued melalui tayangan siri terbabit.

“Skrip yang diserahkan juga menunjukkan kandungannya cuma sebuah naskhah yang berkisar tentang persahabatan dalam kalangan rakan lelaki,” kongsinya.

Tambah Wan Azmir, menjadi satu kebiasaan apabila terdapat skrip asal yang diolah serta ditambah secara spontan untuk disesusaikan dengan jalan cerita.

Namun dua pelakon utama iaitu Danish dan Rees berasa sedikit canggung melakonkan beberapa babak diarahkan oleh pengarah kerana tidak seperti yang digariskan menerusi plot asal.

Susulan itu, ketiga-tiga pelakon terlibat membuat satu laporan polis pada 10 Disember 2021 di Balai Polis Dang Wangi.

Mereka turut bercadang untuk mengheret pihak produksi terbabit ke muka pengadilan berkaitan isu moraliti dan motif sebenar penggambaran tersebut dibuat.

Menjelas lanjut terma moraliti, kata Wan Azmir, sesuatu kontrak yang didapati bercanggah dengan moraliti masyarakat di Malaysia, makanya pemeteraian tersebut terbatal.

“Saya masih dalam perbincangan sama ada nak meminta pihak produksi untuk sunting adegan yang melibatkan anak-anak guam saya.

“Ini kerana, produksi terbabit dilihat bertujuan menerbitkan sebuah karya yang dikhuatiri menjejaskan moraliti masyakarat di Malaysia terutamanya umat beragama Islam,” jelas beliau. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Jangan Tamak, Nanti Sendiri Susah!” – Julia Farhana Beri Peluang Pelakon Lain

Next Post

[VIDEO] “Bukan Senang Nak Lupakan Dia”- Sukar Move On, Amylea Azizan Buat-buat Sibuk

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Ada Hak Bersuara!” – Thalia Rasul Pertikai Kredibiliti Juri ATNMY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Patutlah Ramai Jejaka Muda Meminatinya” – ‘Dibuang’ Vida, Iqbal Cuba Dekati Rossa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Akui Kesal Tonton Filem Porno Sejak Usia 11 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd