Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

M Nasir Diangkat Sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi Melalui Lagu Tiara

12/12/2023
BOOM!oleh BOOM!
in Musik
M Nasir Diangkat Sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi Melalui Lagu Tiara

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Lagu popular Tiara ciptaan Datuk M Nasir pada 1991 yang dinyanyikan kumpulan Kris membantu beliau kembali merampas trofi Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi yang dimenangi Ezra Kong tahun lalu di Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023 yang berlangsung, malam tadi.

Menerusi lagu sama, M Nasir turut memenangi trofi Persembahan Lagu Melayu Terbanyak, manakala Luncai Emas Sdn Bhd turut merampas kembali trofi Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi daripada MVM Production Sdn Bhd yang mendominasi sebelum ini.

Showbiz: M. Nasir is songwriter with highest earnings at MACP 2023 awards [NSTTV]

M Nasir ketika ditemui berkata, beliau tidak menjangkakan kembali merampas trofi itu daripada Ezra.

Katanya, semuanya disebabkan populariti lagu Tiara yang dinyanyikan semula penyanyi Indonesia, Raffa Affar sekali gus turut mempopularkan semula kumpulan Kris dalam kalangan peminat.

“Puncanya satu lagu itu yang kembali popular. Ia menaikkan semula keseluruhan pendapatan saya. Tontonan di sana lebih dari 200 juta.

“Sekarang pemasaran dah tahap lain. Saya menggalakkan pencipta baru melihat sasaran yang begini. Radio dan TV masih boleh tapi ada perubahan lain.

“Pencipta muda harus mengambil peluang dengan kepesatan teknologi pada ketika ini untuk menjalin jaringan pendengar yang baharu terutama dari negara jiran,” katanya.

Menurutnya, sekarang kita perlu memikirkan pasaran terlebih dulu dan tiada halangan dari segi kreativiti untuk menyesuaikan sesuatu lagu dengan kehendak pasaran termasuk di negara jiran.

“Dalam situasi dunia tanpa sepadan ini kita juga kena gunakan rangkaian usaha sama bagi menaikkan sesebuah lagu,” katanya.

Sementara itu, Universal Music Publishing Sdn Bhd mengekalkan kemenangan menerusi kategori Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi.

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Reedzwann yang popular menerusi lagu Adakah Ini Mimpi pula meraih trofi Komposer Muda Berpotensi.

MACP turut memilih Allahyarham JS Kevin atau Zul Adnan Razali yang banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan XPDC dan kumpulan rock lain sebagai penerima Anugerah Nadi Cipta sebagai menghargai bakti dan sumbangannya terhadap perkembangan industri muzik tanah air.

Sementara itu, lagu A Lai Si Jia Hai Wan ciptaan dan penulis lirik oleh Firdhaus dan Li Kang Ning memenangi kategori Persembahan Lagu Cina Terbanyak.

Bagi kategori Lagu Tamil Terbanyak dimenangi Perak Khule, ciptaan dan lirik oleh Krish K.

Kategori Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak menjadi milik lagu Stay Away ciptaan dan lirik oleh Zhe Kamil & Guccimith.

Lagu Cinta Sampai Mati terbitan Luncai Emas Sdn Bhd muncul Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak.

Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi pula menjadi milik lagu Ke Zai Wo Xin Di De Ming Zi ciptaan dan lirik olej Xu Yuan Ting dan Jia Wang.

Sementara itu, Aepul Roza dari kumpulan Drama Band pula dianugerahkan Pencipta Terbaik TikTok bagi lagu Drama.

Majlis Anugerah MACP sempena sambutan ke-33 tahun turut diserikan dengan persembahan daripada Liza Aziz, Marsha Milan, Hazama, Ruffedge dan ramai lagi. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Uqasha Dan Kamal Bakal Jadi Ibu Bapa? | Nadia Annuar Serik Nak Kahwin | Zarina Zainuddin Reda Soal Jodoh Anak

Next Post

“Baby Wuv Is Coming”…- Ayda Jebat Dah Check In Hospital, Tunggu Masa Lahir Anak Kedua

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd