Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Liza Hanim Buat Kejutan, Bakal Adakan Konsert Solo Pertama Tahun Depan

30/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Konsert, Selebriti
Liza Hanim Buat Kejutan, Bakal Adakan Konsert Solo Pertama Tahun Depan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Liza Hanim membuat kejutan pada minggu keenam All Stars Gegar Vaganza apabila mengumumkan penganjuran konsert solo pertamanya yang bakal diadakan pada 4 Februari tahun depan.

Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 43, berkata, konsert istimewa itu diadakan bersempena meraikan penglibatannya dalam bidang muzik selama 27 tahun dalam industri.

Liza berkata, sepanjang tempoh tersebut banyak kisah telah dilalui yang ingin dikongsi bersama peminat.

Diberi nama Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, konsert ini dibawakan penuh bangga oleh LH Media SB dengan penganjur bersama Laugh Out Loud Entertainment.

Zepp KL dipilih sebagai lokasi untuk menyatukan a bersama peminatnya pada 4 Februari 2024.

Berikrar untuk tidak mahu mengecewakan peminat, Liza Hanim sudah merencana untaian hit yang akan didendangkan pada malam konsert nanti.

“Tentulah saya sangat teruja untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.

“Lebih mengujakan selain akan mendendangkan lagu-lagu popular dan malar segar dahulu, saya akan membawakan single terbaru yang dihasilkan oleh komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah,” katanya.

Tambah Liza Hanim apa yang lebih penting adalah momen pertemuan penuh makna bersama peminat selepas 27 tahun bergelar penghibur yang bakal dicipta kelak.

“Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar konsert, tetapi juga tentang pertemuan intim saya bersama peminat setia sejak 27 tahun ini.

“Dalam masa sama, serta berkenalan dengan peminat baharu yang baru mengenal Liza Hanim single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti GV.

“Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang apresiasi kepada semua yang tak jemu menghargai dan menyokong karier seni saya,” ujar Liza Hanim.

Sementara itu, penganjur bersama, LH Media SB dan Laugh Out Loud Entertainment tidak akan melepaskan peluang menganjurkan Liza Hanim 27 Years Journey In Concert kerana penjenamaan Liza Hanim sebagai anak seni dan penyanyi dengan imej bersih dan bakat yang sentiasa disanjung peminat.

Konsert ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi & Digital melalui MyCreative Ventures Sdn.Bhd.

“Ini akan menjadi momen yang tepat buat Liza Hanim sebagai penyanyi yang sudah 27 tahun bergelumang dengan dunia seni mempunyai sebuah konsert khas buat dirinya dan peminat.

“27 tahun juga dirasakan sudah sangat signifikan dan cukup matang buat seorang penghibur berkaliber seperti Liza Hanim mempamerkan kualiti dan segudang pengalamannya.

“Justeru kami sangat teruja dan berbesar hati untuk melihat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert terlaksana dengan sukses dan meninggalkan momen bukan hanya kepada pihak kami tetapi seluruh peminat yang sudah sekian lama ingin berada dalam ruang konsert milik penyanyi pujaan mereka ini,” ujar Shahrin Samsudin, Pengarah Urusan LH Media Sdn Bhd. – BOOM!

Previous Post

[V] “Jangan Tunggu Papa Dan Mama Dah Tak Ada Baru Nak Cari…” – Yusof Haslam Dedah Syamsul Dah Lama Tak Balik, Ramai Sebak

Next Post

Aina Abdul Wakil Malaysia Ke Korea Selatan, Pukau 2,000 Penonton ABU TV Song Festival 2023

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd