Pelakon Linda Hashim mendakwa suaminya, Beego menjadikan kematian ahli keluarga sebagai alasan untuk tidak hadir ke prosiding perceraian mereka yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Linda atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim berkata, dia juga tahu di mana keberadaan Beego selain mengetahui proses urusan jenazah sudah pun selesai sebelum itu.
“Saya ada bukti dia berada di mana sebab dia beritahu saya di mana keberadaan dia. Dia tidak datang pun pengebumian arwah mak cik pada Isnin. Dia tidak datang pun majlis kematian itu. Saya serah sepenuhnya pada Allah, biar Allah sahaja yang atur segala perjalanan saya hingga pengakhiran yang sangat sangat baik, insyaAllah,” katanya dipetik Mstar.

Bukan setakat itu, Linda mendakwa Beego menggunakan status suami untuk melambatkan kes perceraian mereka.
Linda hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz taklik, namun Beego sekali lagi dilaporkan tidak hadir.

Pada prosiding kali ini, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, tidak hadir atas alasan ibu saudaranya meninggal dunia semalam dan hanya diwakili oleh peguamnya, Muhamad Akmal Amzan.

Namun, peguam Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin, berkata Beego gagal mengemukakan bukti ketidakhadiran.
Mahkamah menangguhkan prosiding perceraian mereka pada 21 Januari tahun depan. –Boom!










