Cef terkenal Korea, Lim Sung-geun, mendedahkan beliau pernah terbabit dalam tiga kes memandu dalam keadaan mabuk sepanjang kira-kira sepuluh tahun. Dalam satu video di saluran YouTube, Imzzang TV, beliau berkongsi pengalaman itu secara terbuka.

Beliau menjelaskan bahawa sudah menerima hukuman jenayah termasuk pembatalan lesen memandu, yang kemudian diperoleh semula. Lim menegaskan bahawa sesuatu kesalahan tetap merupakan kesalahan, dan sekiranya ia terbongkar pada kemudian hari, ia boleh membahayakan orang ramai.

Allkpop melaporkan bahawa pada hari yang sama, Lim mengeluarkan surat permohonan maaf bertulis, menekankan bahawa tindakan memandu dalam keadaan mabuk adalah satu kesilapan yang tidak boleh dijustifikasikan dalam apa jua keadaan.
“Saya sedar tindakan ini salah dan boleh membahayakan nyawa orang lain. Saya memohon maaf dengan sepenuh hati kepada semua yang terjejas,” katanya.
Pengakuan Lim menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang menghargai kejujuran beliau dan menganggap pengakuan itu memberi pengajaran, namun tidak kurang yang mengecam tindakan tersebut kerana boleh membahayakan nyawa orang lain. -BOOM!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



