Sempena ulang tahunnya, anggota kumpulan K-pop, Stray Kids, Lee Know menderma 200 juta won (RM587,000) kepada pertubuhan perlindungan kucing serta Pusat Perubatan Samsung di Seoul.

Menurut agensinya, JYP Entertainment, setiap sumbangan berjumlah 100 juta won itu bertujuan membantu haiwan terbiar dan pesakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan.
“Terima kasih atas sokongan hangat para peminat pada hari istimewa ini, saya dapat berkongsi dengan cara yang penuh makna,” katanya dipetik The Korea Times.

Stray Kids, yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment dan debut pada tahun 2018, dikenali dengan muzik bertenaga serta mesej inspirasi kepada generasi muda.
Dalam masa singkat, kumpulan berkenaan berjaya menembusi pasaran global dan mempunyai jutaan peminat yang digelar STAY.

Tindakan mulianya bukan sahaja menggembirakan peminat, malah menunjukkan bahawa Lee Know bukan sekadar artis berbakat, tetapi juga insan berhati emas dan penyayang terhadap makhluk lain.
– Boom!









