Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Lapan Tahun ‘Bermusuh’ Dengan Media Melayu, Shila Amzah Mohon Maaf Secara Terbuka

20/03/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Drama, Ekstra, Exposé, Gaya Hidup, Hiburan, Musik, Selebriti, TV Show
Lapan Tahun ‘Bermusuh’ Dengan Media Melayu, Shila Amzah Mohon Maaf Secara Terbuka

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hari ini menerusi siaran langsung Melodi di TV3, Shila Amzah secara terbuka membuat permohonan maaf kepada semua wartawan terutama media berbahasa Melayu atas ‘permusuhan’ yang berlaku selama lapan tahun lalu.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata, kemelut yang terjadi sejak tahun 2014 dan berlanjutan hingga ke saat ini sebenarnya berlaku di luar kawalan dirinya.

“Saya baru mendapat kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan mengenai hala tuju karier seni sebaik saja selepas mendirikan rumah tangga pada 2018.

“Pada ketika kemelut itu berlaku, semuanya di luar bidang kawalan atau kuasa saya dan tak boleh nak tarik balik berita yang dah keluar,” akuinya yang ditemu bual oleh penerbit dan wartawan Melodi, Michelle Wee.

Tambah Shila, pada masa sama dia enggan menyalahkan kedua-dua ibu bapanya kerana tidak menafikan pengorbanan mereka dalam membina kerjayanya.

“Saya faham perasaan orang tua yang mahukan terbaik buat anak-anak. Tetapi disebabkan hubungan lampau saya sangat dijaga oleh mereka termasuk perkara kecil seperti keluar minum dengan rakan-rakan, makanya saya tak boleh nak berbuat apa-apa,” terangnya menceritakan keadaan sebenar.

Terdahulu, hubungan Shila dan media mula bermasalah apabila pihak pengurusan artis terbabit mengadakan sidang media dengan memperkecilkan peranan media Melayu selepas satu pendedahan dibuat akhbar Kosmo dan Utusan mengenai konsertnya yang ditaja sebuah syarikat perjudian.

Ketika itu nama Shila sedang popular dan berada di puncak kegemilangan apabila dia berjaya mendapat tempat di China.

Rentetan itu pihak pengurusannya melalui syarikat Shila Amzah Entertainment Berhad telah memfailkan saman pada 16 Januari 2015 terhadap akhbar berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan fitnah.

Shila Amzah ketika ditemubual oleh pihak Melodi tentang isu tersebut.

Namun pada 31 Mac 2017, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub menolak saman penyanyi itu kerana mendapati artikel diterbitkan Kosmo adalah dibuat bawah perlindungan bersyarat dan Shila sebagai selebriti perlu terbuka dalam menerima kritikan.

Justeru, mahkamah memerintahkan Shila membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu pengarang dan penerbit akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad yang mewakili Maliah Surip dan Deegun Rahman. – BOOM!

 

Previous Post

“Dua Tahun Allah Uji, Tapi…” – Fizz Fairuz Kesal, Gesa Penggiat Seni Faham Erti Syukur

Next Post

“Terima Kasih Atas Doa Kalian” – Ibu Ryan Deedat Meninggal Dunia Akibat Strok

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd