Penyanyi dan pelakon, Amira Othman kini sedang dirawat di sebuah hospital selepas mengalami keracunan makanan yang menyebabkan tekanan darahnya menurun secara drastik serta sakit kepala yang keterlaluan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, meluahkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

“Tadi pagi-pagi 67/40.
Kadang-kadang saya tak boleh tengok telefon sebab pening yang sangat dahsyat, mungkin sebab darah rendah hari-hari,” jelasnya.
Menurut Amira, beliau memohon maaf kerana tidak dapat menjawab sebarang panggilan atau mesej buat masa ini.
“Phone penuh dengan call dan mesej.
Saya minta maaf semua kalau saya tak angkat call.
Sedang berjuang dengan sakit kepala ini,” tambahnya.
Namun di sebalik keperitan yang dialami, pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu tetap tersenyum apabila menerima jambangan bunga daripada ‘rakan sekerja’ yang digelarnya sebagai “Abang Long”.

“Terima kasih Abang Long.
Abang Long korang sweet sangat.
Lain hari lain bunga katanya,” tulis Amira berserta gambar jambak bunga yang diterimanya.
Dia turut berterima kasih atas semua doa yang dikirimkan buat dirinya dan berharap agar semua dilindungi serta diberikan kesihatan yang baik. – BOOM!










