Pada 3 Februari lalu bekas Ketua Pegawai Eksekutif ADOR, Min Hee Jin, membuka akaun media sosial untuk label baharunya, Ooak Records .

Dia mengeluarkan satu iklan acah yang memberitahu bahawa sesuatu akan dilancarkan pada pada hari ini.
Mereka turut memuat naik iklan acah yang memperlihatkan nama syarikat pada baju tidur bersulam.

Bagaimanapun, ramai berpendapat ia menyerupai konsep dan rekaan jaket bomber yang dihasilkan oleh jenama MadeMe.
Netizen mengecam Min Hee Jin kerana didakwa meniru idea lagi sewaktu memulakan jenama baharunya.

Media mendakwa Ooak Records bakal melancarkan kumpulan lelaki baharu selepas Min Hee Jin mengeluarkan teaser seorang lelaki di billboard beserta tulisan “dikehendaki.”
Susulan perpisahannya dengan HYBE dan kes undang-undang yang timbul berkaitan dengan NewJeans, Min didakwa telah memulakan persiapan untuk melancarkan kumpulan K-pop baharu.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau berdepan dengan tuntutan saman sebanyak 43.1 bilion won (RM109 juta) daripada ADOR, tetapi ia menandakan langkah tegasnya ke arah menghasilkan bakat secara bebas di bawah labelnya sendiri. – BOOM!










