Bekas ahli kumpulan K‑pop, AOA, Kwon Mina, berkongsi mesej panjang di Instagram semalam mendedahkan tekanan mental yang dialami serta rasa terkilan terhadap pengalaman lalu yang masih menghantuinya.

Dalam hantaran berkenaan, Mina meluahkan perasaan tertekan yang berpanjangan serta kesukaran untuk berdepan trauma itu.
Dia juga mendedahkan pernah ingin menamatkan riwayat hidupnya namun diselamatkan dua jam sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.

Kwon Mina menceritakan kesukarannya sebagai mangsa rogol dan kecederaan, tanpa bukti material untuk membuktikan penderitaannya.
“Jika anda tidak berada dalam situasi itu, kata-kata lain keluar dan khabar angin tersebar. Saya benci dizalimi lagi, saya bahkan cuba dengan berani menyerang mereka… (akhirnya) saya merosakkan diri sendiri. Saya tiada bukti fizikal, tiada CCTV, tiada rakaman, bukan sahaja berkaitan kumpulan perogol itu tetapi juga sebagai mangsa rogol dan kecederaan selama empat tahun kes berlangsung. Kejadian rogol diakui tetapi kecederaan tidak dapat dibuktikan,” katanya dipetik The Chosun Daily.

Walaupun hantaran itu kemudian dipadam, perkongsiannya sempat tular dan menjadi tumpuan netizen yang bimbang terhadap kesejahteraan mental penyanyi terbabit.

Peminat dan pengguna Internet berharap Mina akan menerima sokongan dan rawatan yang sewajarnya bagi membantunya pulih serta kembali stabil dari segi emosi, sambil menekankan kepentingan kesedaran tentang isu kesihatan mental. -Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



