Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kurang Dikenali, Ryan Deedat Tak Sangka Jadi Duta – “Mungkin Berkat Rezeki Jaga Arwah Ibu”

06/02/2023
Enal Akimoleh Enal Akim
in Ekstra, Selebriti
Kurang Dikenali, Ryan Deedat Tak Sangka Jadi Duta – “Mungkin Berkat Rezeki Jaga Arwah Ibu”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Perjalanan seni selama 13 tahun sememangnya bukan satu tempoh yang singkat, sebaliknya pelbagai ujian dan cabaran sudah ditempuh penyanyi yang terkenal menerusi lagu Salimah ini.

Bagi Ryan Deedat, dia akur apabila namanya masih belum cukup kuat dan kukuh dalam industri seni hiburan tempatan sebagai penyanyi.

Bagaimanapun Ryan tidak sesekali patah semangat, sebaliknya terus menggandakan usaha menghasilkan karya terbaik memandangkan dia juga bergelar komposer.

“Tahun ini saya sudah menyusun beberapa perancangan untuk kerjaya muzik. Saya tidak nafikan, kerjaya nyanyian tidak serancak rakan-rakan lain.

“Tetapi saya tidak pernah iri hati sebab saya percaya masa yang tepat akan selalu datang dan rezeki ada di mana-mana.

“Saya sasarkan untuk mempunyai satu lagu hit tahun ini, sekali gus mencetus fenomena.

“Selagi saya terus bersemangat dan mempunyai rakan-rakan yang hebat dalam industri seni tiada apa yang mustahil,”katanya.

Tambah Ryan, meskipun namanya tidak popular seperti penyanyi lain, namun dia bersyukur apabila kerjaya seni selama 13 tahun ini bersih tanpa terpalit dengan kontroversi.

“Walaupun nama tidak meletup, saya tidak pernah ambil pusing sebab nak cakap fasal tuah dan rezeki, hanya Allah Maha Mengetahui.

“Tapi entah kenapa tahun ini memberi satu petanda baik apabila tiba-tiba sahaja dicurahkan rezeki apabila dilamar menjadi duta bagi syarikat pembekal barangan perkahwinan dan ia adalah permulaan baik pada 2023,” katanya.

Menurut Ryan, sekiranya rezeki duta itu hadir lima tahun lalu, mungkin dia sukar memberikan fokus kerana menjaga arwah ibu yang terlantar sakit.

“Berkemungkinan besar rezeki ini adalah berkat menjaga arwah ibu sehingga dia meninggal dunia tahun lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ryan bersama pasukan JV Crafts & Gifts baru sahaja selesai merakamkan lagu dan video muzik berjudul Hantaran Raya sempena Aidilfitri ini. – BOOM!

Previous Post

[V] Melly Goeslaw Menitis Air Mata, Terkejut Dengar Kemerduan Suara Najua P Ramlee

Next Post

Jiggy Masin Dikata Bakal Peristerikan Dhabitah Ramai Bertanya – “Sejak Bila Mereka Bercinta?”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ashton Kutcher & Mila Kunis Tampil Mesra Di Konsert, Tepis Spekulasi Rumah Tangga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Nak Cili Mulut Dia..” – Intan Najuwa Terkilan Ditegur Kulit Semakin Gelap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd