Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kumpul RM10 Mula Bisnes Pada Usia Muda, Kini Rasa Catering & Events Sdn Bhd Gah Bisnes Katering Segmen VIP Dan Premium

21/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in BOOM!
Kumpul RM10 Mula Bisnes Pada Usia Muda, Kini Rasa Catering & Events Sdn Bhd Gah Bisnes Katering Segmen VIP Dan Premium

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Berkecimpung dalam pelbagai bisnes dan pernah berdepan dengan kegagalan merupakan pengalaman berharga yang dilalui usahawan Mohd Faizan Dasuki.

Mula berniaga burger pada usia 19 tahun dan kemudian bekerja sebagai pembantu kedai makan hanya dengan pendapatan sebanyak RM10 sehari, memberi semangat padanya untuk memulakan bisnes sendiri.

“Dengan pendapatan itu, saya simpan dan ia cukup untuk saya membeli gerai burger sendiri pada harga RM900 dan gerai burger itu saya bermula perniagaan pertama saya.

“Selepas itu saya serahkan gerai burger tersebut kepada rakan saya dan saya masuk kerja swasta untuk mendapatkan pengalaman sebagai eksekutif jualan. Dari situ saya mula kenal potensi diri dalam bidang jualan dan saya dapat buat jualan yang banyak,” katanya.

 Menurutnya, dia mengambil keputusan berhenti kerja swasta dan cuba dalam bidang kerajaan.

“Jadi saya mohon kerja kerajaan dan bekerja selama tiga tahun. Selepas itu saya berhenti kerana saya rasa bidang kerajaan tidak sesuai dengan diri saya. Kemudian saya buat bisnes sendiri iaitu pada tahun 2011, saya buat pelbagai bisnes tapi tak menjadi.

“Pada tahun 2018, saya buat bisnes F&B. Pada masa itu, saya nampak ada peluang permintaan dalam bisnes katering di sekitar Putrajaya untuk saya bekal kepada agensi kerajaan. Saya cari dua rakan untuk bertugas sebagai tukang masak dan pembantu dapur manakala saya pula buat aspek jualan dan perkhidmatan,” katanya.

Sambungnya, bisnes tersebut berjalan dengan baik sehingga pada tahun 2020 apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, dia terpaksa menutup bisnes.

“Kami berpecah dan kawan-kawan buat bisnes lain. Pada waktu itu, saya bertahan dengan simpanan yang ada. Pada tahun 2021 selepas habis PKP, saya nampak ada peluang untuk bisnes katering dalam segmen VIP iaitu segmen premium.

“Saya berjumpa dengan rakan usahawan yang lain dalam sektor yang sama dan kami berbincang untuk bergabung supaya syarikat boleh jadi lebih besar dan bermula dari situ, saya mula buat bisnes untuk katering VIP,” katanya.

Mohd Faizan Dasuki.

Ujarnya, cabaran bisnes pada masa sekarang adalah kos membabitkan kenaikan harga bahan mentah.

“Ini menyebabkan kenaikan kos bayaran gaji pekerja seterusnya memberi kesan pada harga makanan dan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami terpaksa menaikkan harga untuk menampung kos bahan mentah dan bayaran gaji.

“Cabaran juga pada saya untuk mencari pelanggan yang sesuai dengan kos makanan dan perkhidmatan kami. Bila harga naik, pelanggan lebih selektif, mereka mencari harga murah dan rendah. Jadi, kami tawarkan perkhidmatan yang premium yang terbaik seriring dengan harga yang kami tawarkan,” katanya.

Bagi Mohad Faizan yang kini mengusahakan syarikat Rasa Catering & Events Sdn Bhd, pengalaman jatuh bangun dalam bisnes apabila ditipu sehingga kerugian beratus ribu ringgit banyak mengajar diri memahami selok belok bisnes.

“Ada juga ditipu rakan niaga dan itu antara cabaran yang saya ingat sampai sekarang. Sehingga kini saya tidak pernah memohon apa-apa dana daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) atau agensi pembiayaan lain cuma menggunakan duit sendiri.

“Jika ada sebarang geran daripada KUSKOP, saya juga berminat untuk memohon. Nasihat saya pada usahawan lain, bagi menghadapi cabaran ekonomi yang mencabar pada tahun 2024 ini, para usahawan perlu berhati-hati dalam pembelanjaan iaitu perlu buat pengiraan dengan betul, kurangkan ‘overhead’ yang tidak berapa penting sebab zaman sekarang harga barang semua naik, kos perniagaan juga meningkat.

“Usahawan perlu memperbanyakkan simpanan sebab situasi yang mencabar sekarang kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jadi, simpanan ini dapat membantu kita memberikan kelegaan dari segi aliran tunai,” katanya.

Saksikan temu bual bersama Mohd Faizan menerusi program bual bicara terbaharu, Sembang Protege x KRU dalam Episod 3 – ‘Nak Kawan Ke Lawan?’ menerusi platform laman sosial PROTEGE di YouTube, Facebook dan Instagram.- BOOM!

Previous Post

Margaret Gan Percaya Rezeki, Tak ‘Demand’ Jika Dipanggil Berlakon Cuma Jangan ‘Ciput’

Next Post

Curi Hasil Karya Seseorang Dalam Aspek Pembikinan Boleh Dianggap Sebagai Jenayah Berat – FDAM

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Model Korea, Kim Jong Suk Meninggal Dunia Secara Mengejut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd