Penyanyi sensasi Hollywood, Britney Spears, kembali mencuri perhatian apabila memadam akaun Instagram selepas memuat naik beberapa hantaran yang mencetuskan kebimbangan peminat.

Menurut laporan People, Britney sebelum ini memuat naik video menunjukkan lengannya mengalami kesan lebam dengan penjelasan dia terjatuh di rumah rakan.
Britney sebelum itu mulai terbuka berkongsi pengalamannya menghabiskan empat bulan di pusat pemulihan pada 2018 ketika berada di bawah konservatori selama 13 tahun. Penyanyi itu mendakwa “kerosakan otak berlaku ke atasnya.”

Untuk rekod, Britney kini berdepan konflik dengan bekas suami, Kevin Federline – yang baru menerbitkan memoir mengenai kehidupan mereka.
Tindakan Britney menutup akaun itu dianggap sebagai usaha menjauhkan diri daripada tekanan media dan perhatian awam.

Ramai peminat berharap penyanyi berusia 43 tahun itu diberi ruang untuk memulihkan diri dan mencari ketenangan selepas melalui pelbagai cabaran hidup. -Boom!









