Pelakon muzikal, Kim Jun-young, memohon maaf secara terbuka selepas empat hari didakwa terbabit kontroversi mengunjungi pusat hiburan dewasa.

Namanya terpalit isu terbabit selepas memuat naik gambar resit di media sosial yang turut memaparkan nama seorang wanita dan jumlah bayaran tertentu.

Kim Jun-young kemudian tampil memberi penjelasan berhubung insiden itu dan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan dilakukan.
“Saya benar-benar memohon maaf kerana mengecewakan dan menyakiti ramai orang disebabkan tindakan saya baru-baru ini. Tidak kira sama ada ia menyalahi undang-undang atau tidak, tingkah laku saya tetap tidak wajar kerana kurangnya kesedaran diri. Segala kesalahan adalah sepenuhnya tanggungjawab saya,” katanya dipetik Allkpop.

Terdahulu, agensi Kim Jun-young, HJ Culture menafikan semua tuduhan dan menegaskan artis itu tidak terbabit sebarang aktiviti haram.

Bagaimanapun, selepas kontroversi semakin hangat dan disusuli ancaman boikot, agensi menarik semula kenyataan mereka selain mengumumkan penamatan kontrak Kim Jun-young.
Pelakon muzikal Kim Jun-young, memulakan kerjayanya pada 2018 melalui produksi Singing in the Rain dan baru-baru ini muncul dalam Amadeus. –Boom!










