Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Konsert Hael Husaini & Repertoire Bakal Gegar Zepp KL!

16/06/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Konsert, Selebriti
Konsert Hael Husaini & Repertoire Bakal Gegar Zepp KL!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penantian peminat akhirnya berakhir! Hael Husaini mengumumkan konsert solo sulungnya bertajuk “Hael Husaini & Repertoire” yang bakal berlangsung pada 8 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Dikenali dengan vokal luar biasa, sentuhan kreatif dan gaya fesyen penuh kelas, konsert ini dijangka bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah persembahan seni visual, muzik dan fesyen yang menjanjikan pengalaman unik dan emosional.

Hael yang telah menggenggam dua trofi Anugerah Juara Lagu berturut-turut menerusi lagu “Jampi” dan “Haram” (duet bersama Dayang Nurfaizah), juga mencipta impak besar sebagai komposer untuk ramai artis ternama termasuk Anta Permana nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu lagu yang dipilih masuk ke dalam playlist rasmi The King’s Music Room oleh Raja Charles III.

“Ia bukan sekadar satu pencapaian peribadi, tetapi satu pengiktirafan buat muzik Malaysia,” kata Hael tentang penghormatan itu.

Tahun ini juga menyaksikan Hael mencipta sejarah apabila lagu “Diam” diangkat sebagai “Best Theme Song” di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024 di Singapura.

Sebagai figura yang aktif dalam dunia fesyen, Hael turut mewakili Malaysia di pentas Milan dan Paris Fashion Week, memperagakan jenama antarabangsa seperti Dolce & Gabbana, Kenzo dan Zegna.

“Saya bukan sekadar ingin dikenali sebagai penyanyi atau komposer,

tetapi sebagai penggiat seni yang mewakili Malaysia dengan penuh gaya,” tegas Hael.

Konsert ini juga akan menampilkan artis jemputan hebat seperti Dayang Nurfaizah, Nadeera, Wany Hasrita dan Nabila Razali, menjadikan pentas Repertoire sebagai medan pertemuan era dan suara.

“Dayang bukan sekadar rakan duet, dia sahabat sejati.

Nadeera pula wajah masa depan muzik kita.

Dan saya teruja untuk bersama Wany dan Nabila juga di pentas yang sangat peribadi ini,” kata Hael.

Konsert ini bakal menampilkan susunan muzik baharu, segmen khas artis jemputan dan peragaan fesyen eksklusif yang mencerminkan evolusi estetik Hael.

“Saya mahu penonton bukan hanya dengar lagu, tapi rasai perjalanan saya.

Bila mereka keluar nanti, saya mahu mereka rasa terinspirasi, puas dan bangga,” katanya penuh semangat.

Tiket konsert telah mula dijual sejak 3 Jun 2025 menerusi ticket2u.com.my, dan maklumat lanjut akan dikongsi di media sosial rasmi Hael dan Rocketfuel Entertainment. – BOOM!

Previous Post

Kayda Aziz Bertunang, Sheila Majid Kongsi Momen Bahagia

Next Post

28 Tahun Bersama, Cinta Snoop Dogg & Shante Broadus Masih Teguh!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd