Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Konsert GenKRU Tambah Malam Ketiga, Bukti Pengaruh Besar KRU

03/01/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Konsert, Selebriti
Konsert GenKRU Tambah Malam Ketiga, Bukti Pengaruh Besar KRU

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Trio adik-beradik, KRU, mencipta sejarah baharu apabila Konsert GenKRU yang dirancang untuk dua malam kini ditambah sehari lagi menjadi tiga malam. Penganjuran malam ketiga ini akan berlangsung pada 10 Mei 2025, seminggu selepas konsert hari pertama dan kedua pada 3 dan 4 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Keputusan ini dibuat selepas jualan tiket untuk dua malam pertama mencatat sambutan luar biasa. Tiket malam pertama habis dijual dalam tempoh sejam selepas dibuka pada 20 Disember, sementara tiket malam kedua sebanyak 10,000 tempat habis terjual dalam hanya 45 minit.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menjelaskan keputusan menambah malam ketiga dibuat berdasarkan permintaan tinggi peminat.

“Dengan pertimbangan yang cukup berhati-hati serta persetujuan Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim, kami bersetuju mengadakan konsert pada 10 Mei. Keputusan ini bukan bersifat oportunis tetapi kerana KRU tidak mahu menghampakan peminat yang gagal mendapatkan tiket untuk malam pertama dan kedua,” katanya.

Menurut Iman, ini adalah penghormatan besar buat industri muzik tempatan, membuktikan bahawa pemuzik Malaysia memiliki pengaruh dan kuasa besar dalam pasaran.

Harga dan Kategori Tiket

Tiket untuk Konsert GenKRU boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/kru3 dengan kategori harga seperti berikut:

  • reKRUed – RM258
  • Canggih – RM358
  • Relax – RM478
  • Kaset – RM508
  • KRUjaan – RM548
  • KRUnisme – RM588

Pra-jualan tiket khas untuk pemegang kad Maybank akan dibuka pada 7 Januari 2025, bermula jam 11 pagi. Tiket untuk pembelian umum pula boleh didapati pada 8 Januari 2025, jam 3 petang.

Konsert GenKRU dijangka menjadi momen penuh nostalgia buat peminat KRU yang setia, sekaligus menandakan kemunculan semula trio bersaudara itu selepas enam tahun pembubaran mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini! – BOOM!

Previous Post

Ucapan Romantis Suami Heliza Tamatkan Spekulasi Rumah Tangga

Next Post

Filem Lokal 2024 Paling BOOM!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ben Amir Kongsi Momen Kekasih Peluk Islam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Sampaikan Pesanan Kepada Mualaf Bertatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Meadow Walker Kenang Ulang Tahun ke-12 Pemergian Paul Walker dengan Hantaran Menyentuh Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ditegur Netizen Lepas Buat Hidung, Nur Sajat Jelaskan Sebab Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd