Beyoncé mungkin telah mencipta gelombang besar dengan album Cowboy Carter, namun nampaknya bukan semua pentas menerima sambutan hangat seperti dijangka.
Menurut laporan The Independent, walaupun hanya tinggal kurang dua minggu sebelum konsert sulungnya bermula di Los Angeles pada 28 April, lebih 3,200 tiket masih belum terjual di laman rasmi Ticketmaster!
Tiket standard masih dijual pada harga serendah $85, malah ada tiket resale bermula hanya dari $35, tanda jelas berlaku penurunan harga yang drastik. Malah, dua malam terakhir di LA turut menyaksikan lebih 3,800 tiket standard masih belum dibeli untuk setiap malam.
Keadaan sama turut berlaku di lokasi lain seperti:
- MetLife Stadium, New Jersey – lebih 5,500 tiket belum terjual, walaupun ia ditambah sebagai tarikh tambahan kerana permintaan tinggi.
- Atlanta, Georgia – lebih 5,800 tiket masih belum laku termasuk lebih 50% tempat duduk lantai (floor seat) yang merupakan kategori paling mahal!
Namun begitu, penganjur Live Nation menegaskan bahawa 94% tiket telah terjual dan mereka malah menambah dua lagi tarikh konsert di Las Vegas, menjadikan keseluruhan tour kepada 32 lokasi.
Di media sosial, ramai peminat meluahkan rasa kecewa selepas membayar mahal sewaktu jualan awal, hanya untuk melihat harga tiket jatuh menjunam beberapa minggu kemudian.
Walaupun berdepan cabaran tiket, Beyoncé masih mencipta sejarah apabila memenangi Album Country Terbaik di Grammy ke-67, membuktikan kuasa Cowboy Carter tetap utuh di persada muzik. – BOOM!