Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Konsert Album Jelajah Berona Day, Rizky Febian Tak Sabar Bertemu Fans Di Kuala Lumpur!

14/09/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Konsert, Selebriti
Konsert Album Jelajah Berona Day, Rizky Febian Tak Sabar Bertemu Fans Di Kuala Lumpur!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bintang popular serba boleh dari Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali ke Malaysia untuk konsert album jelajah Berona Day.

Konsert anjuran Hitman Solutions itu bakal berlangsung pada 3 November ini, bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malm.

“Ini merupakan konsert saya yang kedua seumpamanya di Malaysia dan pernah juga menjadi sebahagian dari sebuah konsert antarabangsa pada Julai tahun ini,” jelas pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25 tahun.

Sejak kecil, Rizky sudah pun didedahkan dengan industri hiburan di mana bapanya Sule, merupakan artis komedi terbesar Indonesia.

Pada 2015, Rizky tampil dengan single sulung berjudul ‘Kesempurnaan Cinta’ yang berjaya melonjakkan namanya sebagai salah satu penyanyi ‘papan atas’ Indonesia.

Terkini, Rizky baharu sahaja melancarkan album keduanya berjudul ‘Berona’ pada 21 Julai lalu.

“Album yang mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi menjadi tujuan utama mengapa konsert ini diadakan kali ini, selain mempromosikan album baharu, dapat juga menyapa peminat-peminat saya di Malaysia.

“Team dari RFAS Music sudah pun mempersiapkan segala rangka promosi pada September ini, dan juga menjelang malam konsert nanti,” katanya.

Bertemakan cinta yang diambil dari album ‘Berona’, konsert, An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, bakal berlangsung selama hampir dua jam dengan 15 buah lagu yang akan dipersembahkan pada malam konsert nanti di mana Rizky akan tampil dengan cara nyanyian yang sedikit berbeza dan lebih dewasa.

Lebih istimewa, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsertnya sendiri.

“Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya dengan ‘warna’ baharu yang lebih sesuai dengan usia saya yang semakin matang yang dilatari pemuzik profesional yang diterbangkan dari Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata, Rizky mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan penggemar muzik tempatan dan beliau merupakan artis muda yang sering menjadi perhatian kerana hasil karyanya yang bermutu.

“Dengan itu, kami tidak teragak-agak memilih untuk membawa Rizky ke Malaysia bagi mengadakan konsert jelajahnya.

“Kami juga akan teruskan penjelajahan ini ke negara singa, pada tahun 2024 sebagai penganjur untuk Berona Day Rizky Febian Singapura.

“Sebagai promoter konsert, kami ingin setiap konsert itu bermakna buat peminat-peminat, oleh itu, kami memberikan harga tiket yang berpatutan dan mampu beli kepada semua,” katanya.

Tiket sudah mula dijual pada 7 September lalu, di www.hitmanlive.com dengan tiket kategori – Romansa (Free Standing) RM 179, Terpesona (Normal Seating) RM 199 dan Super Rizfelous (VIP Standing) berharga RM399. – BOOM!

Previous Post

“Saya Masih Kuli, Saya Hanya Jalankan Tugas Dan Komitmen” – Fasha Sandha

Next Post

Fasha Sandha Dikecam Berendam Dalam Jakuzi | Aina Abdul Belum Nak Kahwin Lagi | Fauziah Sarman Nafi Tolak Poligami

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd