Dato’ AC Mizal mengesahkan semua persiapan bagi konsert “WE 4U2C: Bringin Back 90’s Flava” di Idea Live Arena pada 15 September telah mencapai tahap 100%.
Lebih istimewa, AC sendiri bertindak sebagai koreografer, memastikan setiap lagu daripada balada hingga lagu rancak dipersembahkan lengkap dengan tarian bertenaga. Maestro muzik Aubrey Suwito pula mengetuai susunan muzik bersama 14 pemuzik profesional, memberi nafas baharu kepada lagu-lagu klasik 4U2C serta beberapa lagu baru.
Tiket masih boleh dibeli melalui myticketempire.com. Harga bermula dari RM155 hingga RM555 bergantung kategori tempat duduk, dengan pilihan tiket koleksi eksklusif untuk peminat tegar.

Venue ini mempunyai kapasiti 4,000 penonton, dan setakat ini 75% tiket telah pun terjual, membuktikan sambutan luar biasa terhadap kembalinya legenda 90-an ini.
Menurut Dato’ AC, 4U2C ingin membuat persembahan terbaik untuk konsert terakhir mereka demi kenangan abadi peminat. – BOOM!









