Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kombinasi 4 Jejaka FMC Music Menjadi, Peminat Tanya – “Mana Tuah Dan Haziq?”

29/07/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Musik, Selebriti
Kombinasi 4 Jejaka FMC Music Menjadi, Peminat Tanya – “Mana Tuah Dan Haziq?”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Label FMC Music dilihat semakin rancak memeriahkan persada seni suara tempatan apabila mereka menggabungkan empat penyanyi muda untuk menyanyikan semula debut kumpulan Spin iaitu Mengusung Rindu.

Mempertaruhkan bintang-bintang remaja di bawah naungan syarikat itu seperti Tajul Arif, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan, ternyata menyuntik variasi di ruang muzik tanah air.

Mula ke udara tepat pukul 8 malam semalam (Ahad), video muzik karya tersebut di YouTube telah pun merekodkan kira-kira 100,000 kali tontonan dalam tempoh masa 12 jam selepas dilancarkan.

Malah hampir kesemua warganet memuji-muji produk terbaharu keluaran FMC Music ini kerana secara tidak langsung mengembalikan nostalgia kegemilangan kugiran yang diketuai vokalisnya, Allahyarham Achik.

Menyifatkan kombinasi vokal keempat-empat penyanyi tersebut sebagai sesuatu yang unik didengar.

Gandingan Zack Zakwan, Tajul Arif, Haqiem Rusli, dan Afieq Shazwan disukai ramai. 

“Gabungan vokal mereka berempat ni memang ngam! Harap-harap trending,” tulis seseorang.

“Mereka tak over shadow satu sama lain, sangat seimbang,” ujar pendengar lain.

“Setiap seorang ada momen masing-masing untuk serlahkan nyanyian mereka,” ujar seorang pelayar laman video berkenaan.

Selain itu, usaha FMC Music juga dipuji apabila memberi nafas baharu terhadap karya-karya lama sedia ada.

Bukan sahaja melonjakkan jenama syarikat dan artis-artis naungan mereka, bahkan membuka kembali pintu rezeki buat para pengkarya asal yang meraih bayaran royalti atas hakcipta mereka.

Di samping puji-pujian memenuhi ruangan maklum balas tersebut, BOOM! lebih tertarik membaca komen peminat yang bertanyakan tentang dua lagi penyanyi naungan FMC iaitu Tuah Adzmi dan Haziq Putera.

Tuah Adzmi lebih sesuai digandingkan dengan Haziq Putera. 

“Kenapa tak selitkan Tuah atau Haziq? Suara mereka pun sedap,” tanya seseorang.

“Setuju! Lagipun mereka dah lama dengan FMC, tapi nama macam sendu,” sampuk individu lain sependapat dengan komen sebelumnya.

Justeru, memikirkan persoalan diajukan itu, penulis tertanya-tanya apakah perancangan pihak pengurusan yang telah diaturkan buat kedua-dua penyanyi berbakat tersebut.

Haziq Putera lebih sesuai digandingkan dengan Tuah Adzmi . 

Jika FMC Music mahu teruskan strategi menyegarkan kembali karya lama, Tuah dan Haziq adalah gandingan duo terbaik untuk menyemarakkan semula lagu-lagu leleh atau irama rock kapak 90-an.

Ini kerana, sama ada Tuah atau Haziq, mereka pernah membuktikan keupayaan vokal masing-masing menerusi single terdahulu yang mendapat sambutan baik para pendengar.

Apapun, didoakan agar pemain-pemain industri muzik Malaysia sentiasa kreatif dan agresif mengeluarkan produk-produk bermutu, seiring kemajuan teknologi moden. – BOOM!

Previous Post

Sharifah Rose Cetus Sensasi | Pelawak Wanita Bukan OKU | Zul Yahya Bongkar | Thor Tiada

Next Post

[VIDEO] Penari Cedera Parah Dihempap Panel LED Gergasi Ketika Jayakan Konsert Artis Hong Kong

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Bekukan’ Projek Tangled Versi Live-Action Selepas Kegagalan Snow White

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kalau Tak Sensasi, Siapa Nak Tonton? – Captain Syers Tak Takut Berdepan Makian Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elly Mazlein Tolak Tawaran Setengah Juta Buka Tudung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlintas Buka Tudung, Kilafairy Syukur Terus Istiqomah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Dikecam Guna Status Selebriti Buat Persembahan Biola Solo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd