Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

KLIFAA Mahu Jadi Kuasa Baharu Pacu Industri, Terima 1,058 Penyertaan Dari 98 Negara

02/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Hiburan
KLIFAA Mahu Jadi Kuasa Baharu Pacu Industri, Terima 1,058 Penyertaan Dari 98 Negara

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 yang julung kali diadakan pada 7 hingga 11 Ogos 2024 sehingga ini menerima 1,058 penyertaan dari 98 negara sejak penyertaan dibuka pada 12 Januari lalu.

Pengarah Eksekutifnya, Zafor Firoze berkata, pihaknya yakin jumlah penyertaan akan mencapai jumlah tertinggi dalam tempoh tiga bulan akan datang apabila penyertaan ditutup pada 31 Mei.

Zafor Firoze

“KLIFAA berhasrat untuk menjadi tonggak budaya global. Melalui perkongsian strategik, liputan media yang meluas dan komitmen terhadap kecemerlangan, kami menyasar untuk meletakkan KLIFAA sebagai platform utama untuk pembikin filem, pengamal industri dan penonton di seluruh dunia. Inilah daya penggerak kami dalam bekerja keras untuk mendapatkan penyertaan terbaik.

“Kami yakin jawatankuasa anugerah telah melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memastikan KLIFAA 2024 mempamerkan kemuncak pencapaian sinematik dan ini telah menarik karyawan untuk menghantar karya terbaik mereka. Kami berharap untuk mendapat lebih banyak penyertaan kerana penyertaan berkualiti adalah tunjang kepada mana-mana festival,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, KLIFAA tidak seperti anugerah lain walaupun baharu, ia bukan sekadar acara penganugerahan tetapi meraikan kecemerlangan dalam penerbitan filem dan TV.

“Fokus kami ialah pada inklusiviti, kepelbagaian dan memupuk impak global melalui penceritaan. Inilah keunikan kami. Kami membuka ruang kepada kategori seperti Filem Cereka, Drama TV, Dokumentari, Filem Pendek dan Animasi,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan mengapa perlu menganjurkan acara besar seperti itu sekarang, Presiden KLIFAA, Dr Hasan Hamzah mengakui isu terkini yang membelenggu komuniti filem tempatan menyatakan KLIFAA mahu menjadi satu kuasa baharu yang memacu industri serta mempamerkan karya hebat walaupun berhadapan cabaran.

Dr Hasan Hamzah

“Sama seperti Festival Filem Cannes yang membawa harapan kepada industri filem Perancis, kami melihat KLIFAA juga memainkan peranan yang sama dalam memupuk bakat tempatan,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Hari KRU Filem Malaysia 2024 | Ameng Terima Bayaran Duit Palsu, Cek Tendang RM30,000

Next Post

“Saya Tak Rasa Apa-apa Tapi…” – Tenang Hadapi Kecaman, Syada Amzah Ralat Andai Keluarga Kena Tempias

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd