Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

KLIFAA 2024 Raih 3,135 Penyertaan, Malaysia Bakal Jadi Hub Perfileman Dunia

26/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in BOOM!, Ekstra
KLIFAA 2024 Raih 3,135 Penyertaan, Malaysia Bakal Jadi Hub Perfileman Dunia

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIFAA 2024) berjaya menarik perhatian ramai pembikin filem dari seluruh dunia apabila meraih sebanyak 3,135 penyertaan dari 98 negara antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, India, Bangladesh, Iran, Perancis, United Kingdom dan Mexico.

Pengerusi KLIFAA, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, sambutan menggalakkan yang diterima daripada penggiat seni perfileman dari seluruh dunia ini memberikan impak positif pada penganjuran acara julung kali ini.

Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

“Pada malam ini, KLIFAA 2024 dilancarkan secara rasmi. Saya sebagai Pengerusi bersama-sama ahli jawatankuasa terdiri daripada mereka yang mahir dalam bidang ini amat berbangga dengan sambutan yang diberikan perfileman dunia bukan saja dari negara kita ini bahkan dari seluruh dunia.

“Daripada 3,135 penyertaan yang diterima dari 98 negara memberikan semangat yang baik kepada kita untuk meneruskan usaha ini dan juga memberi ruang kepada para artis yang sudah ada nama atau belum ada nama untuk masa depan mereka berkecimpung dalam industri perfileman,” katanya pada Majlis Perasmian KLIFAA 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tengku Azlan (lima dari kanan) bersama Sekretariat KLIFAA 2024 dan wakil kedutaan hadir pada Majlis Perasmian KLIFAA 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Foto: KLIFAA 2024)

Menurutnya, penganjuran acara ini juga merupakan salah satu cara dalam mengajar generasi muda yang berminat terhadap bidang seni untuk menceburkan diri sehingga menjadi popular pada masa hadapan.

“Saya rasa ini adalah batu loncatan dan kita pernah mendengar nama arwah Tan Sri P Ramlee yang amat termasyhur yang pernah menjadi aktor, pengarah dan penyanyi di mana kita kurang ada ramai yang berbakat pada hari ini sama ada di peringkat negara atau antarabangsa.

“Penganjuran KLIFAA 2024 merupakan satu cara meningkatkan lagi taraf industri perfileman dunia dan insya-Allah jika berlaku apa yang kita usahakan ini, ia akan membuka mata ke seluruh dunia bahawa Malaysia sebagai satu hub dunia filem,” katanya.

KLIFAA 2024 merupakan acara anugerah berprestif bertaraf antarabangsa yang pertama kali dianjurkan di negara ini dijadualkan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 7 hingga 11 Ogos 2024.

Tengku Azlan memalu gong sebagai simbolik pelancaran KLIFAA 2024. (Foto: KLIFAA 2024)

Acara kali ini yang membawa tema ‘Inspiring Brilliance, Igniting Passion’, memaparkan semangat festival, bertujuan menyatukan budaya, mencetuskan pemikiran dan menginspirasikan kreativiti pada skala global.

Penyertaan acara ini terbuka pada semua penggiat seni dari seluruh dunia sama ada dalam bidang Filem Cereka, Drama TV, Dokumentari, Filem Pendek dan Animasi. Tempoh bagi kategori pertandingan dan bukan pertandingan bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2024.

Bagi penggiat seni dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut menyertai penyertaan dan kemas kini KLIFAA 2024, boleh melayari laman sesawang, www.klifaa.com. – BOOM!

Previous Post

Konsert ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ Tiada Permit – Exco

Next Post

MOJO Kongsi Kisah Realiti Hidup Dalam EP CODA, Rakam Empat Muzik Video

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan 10 tahun terlerai, Nubhan, Dr Fie cerai talak dua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd