Penyerang Selangor FC, Faisal Halim berkongsi foto mesra bersama isterinya, Nur Syazwani di Instagram sempena tahun baru. Menerusi hantaran itu, Faisal berkongsi luahan 2025 merupakan tempoh penuh ujian buat dirinya dan keluarga.

Menurut Faisal, segala yang berlaku sepanjang tahun itu banyak mengajarnya untuk menjadi lebih kuat.
“Tahun 2025 sangat mencabar, ingin menjadi lebih kuat pada 2026. Insya-Allah pada tahun 2026 lebih baik,” katanya.
Dia turut menganggap ujian yang dilalui sebagai ketentuan Tuhan.
“Apa yang terjadi pada tahun 2025 adalah ujian untuk kita dan keluarga. Kita mula 2026 ini dengan lebih baik,” katanya.

Hantaran tersebut turut menerima komen Nur Syazwani yang memberi sokongan serta kasih sayang selepas mereka kembali rujuk dan memulakan hidup bersama semula.
“Insya-Allah amin. Saya cinta awak lagi,” balas Nur Syazwani.

Faisal dan isterinya pernah bercerai talak dua pada 28 November tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang sebelum rujuk kembali pada 9 Disember tahun sama. –Boom!










