Pelakon Kimberly Ryder menafikan khabar angin yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Baim Wong, bekas suami Paula Verhoeven.
Menurut Kimberly, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja yang profesional.
“Kami cuma kawan, profesional dan semuanya baik-baik saja,” jelasnya kepada media.
Menurut laporan Grid.ID, Kimberly juga menyifatkan Baim sebagai seorang lelaki yang baik, berdedikasi dalam kerja dan seorang bapa yang bertanggungjawab.
“Baim seorang yang rajin dan ayah yang bagus kepada anak-anaknya,” tambah Kimberly lagi.
Mengenai hubungannya dengan anak-anak Baim, Kimberly tidak menafikan wujudnya keakraban, namun menjelaskan ia berlaku secara semula jadi memandangkan mereka kerap bertemu semasa penggambaran di Yogyakarta.
“Kadang-kadang anak-anak dia panggil saya sebab masa penggambaran di Jogja, anak-anak dia ada sama.
Dari situ jadi rapat,” jelasnya lagi.
Kimberly juga tampil menepis dakwaan netizen yang mendakwa dia cuba menggantikan tempat Paula Verhoeven sebagai ibu kepada anak-anak Baim.

“Ada yang komen saya ganti posisi ibu… tolonglah, bukan macam tu langsung,” tegasnya.
Untuk rekod, Kimberly Ryder bercerai dengan Edward Akbar pada 29 November 2024 selepas enam tahun berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
Manakala Baim Wong dan Paula Verhoeven pula bercerai secara rasmi pada 16 April 2025 selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak lelaki. – BOOM!









