Pelakon terkenal Korea, Kim Soo-hyun, tampil membela diri selepas dikaitkan dengan dakwaan bercinta dengan mendiang Kim Sae-ron ketika pelakon itu masih bawah umur. Bagi menolak tuduhan tersebut, Kim Soo-hyun mendedahkan surat-surat yang ditulis semasa latihan tentera sebagai bukti dirinya tidak terlibat. Surat itu menunjukkan kandungan peribadi dan tarikh yang membuktikan dia tidak mempunyai hubungan dengan Kim Sae-ron pada waktu tersebut.

Peguamnya menegaskan bahawa dakwaan itu hanyalah fitnah tanpa asas, dan pelakon itu kini mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar khabar palsu bagi membersihkan namanya serta melindungi reputasinya sebagai artis yang berdisiplin dan berintegriti tinggi. Menurut pasukan peguamnya, surat-surat tersebut menunjukkan Kim Soo-hyun menulis kepada kekasih lain, bukan kepada Kim Sae-ron seperti yang disebarkan.

Syarikat terkenal seperti Prada, Cuckoo China dan Dinto Cosmetics membatalkan kolaborasi bersama Kim Soo-hyun akibat skandal kontroversi dengan budak bawah umur. – BOOM!










