Drama lama antara Kim Kardashian dan bekas teman lelakinya, Ray J, kembali mencetus sensasi! Kali ini, Kim bersama ibunya Kris Jenner telah memfailkan saman fitnah terhadap Ray J selepas dakwaan mengejutkan yang disiarkan olehnya di media sosial.

Ray J sebelum ini mendakwa keluarga Kardashian sedang disiasat pihak berkuasa persekutuan dan menuduh mereka “lebih teruk daripada Diddy” yang terpalit dengan kontroversi besar di Amerika Syarikat. Tuduhan itu bukan sahaja menjejaskan reputasi, malah mengundang reaksi keras daripada Kim dan Kris yang kini memilih untuk menuntut keadilan di mahkamah.

Berita saman ini segera menjadi tajuk utama media antarabangsa. Peminat dan pengkritik sama-sama menunggu apakah pendedahan lanjut yang bakal keluar dari kedua-dua pihak, sekali gus menghidupkan kembali saga lama yang dianggap sudah berakhir. – BOOM!










