Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Killa Driz Luah Perasaan Dalam Rap$tar – Inilah Versi Diri Saya Yang Selama Ini Ingin Tampilkan Pada Dunia

30/06/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Musik, Selebriti
Killa Driz Luah Perasaan Dalam Rap$tar – Inilah Versi Diri Saya Yang Selama Ini Ingin Tampilkan Pada Dunia

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mula dikenali dalam dunia hiphop indie dan bakal menyinar di arena popular, bintang terbaharu di bawah naungan Def Jam Malaysia, Killa Driz muncul dengan karya yang berjudul Rap$tar.

Bakat Killa Driz dalam penulisan lagu dan rap menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan berganda dalam bidang ini.

Beliau juga telah mendapat pengiktirafan yang signifikan sebagai seorang rapper bawah tanah dalam arena hip-hop indie, yang membezakan beliau daripada yang lain dan menjadikan beliau luar biasa atau istimewa.

Penyanyi rap muda yang berusia 23 tahun ini menyatakan bahawa beliau sangat gembira dapat memperkenalkan lagu sulungnya di bawah terbitan Def Jam Malaysia.

“Lagu yang berjudul Rap$tar ini menampilkan sisi tekun saya dalam bidang yang saya ceburi. Ia mencerminkan keinginan saya untuk bekerja keras dan menjadi lebih baik sambil mencuba meneroka perkara-perkara baharu.

“Ia juga memberi peluang kepada saya untuk meluahkan perasaan peribadi tentang ketidak pedulian terhadap pendapat orang lain dan apa yang mereka fikirkan tentang kita. Yang penting kita terus berusaha untuk berjaya,” katanya.

Lagu yang dihasilkan bersama Luca Sickta ini mengambil masa tiga bulan untuk selesai rakaman dan ia turut mendapat sentuhan bintang hiphop tersohor SonaOne.

“Sona juga sempat membuat beberapa perubahan pada lagu ini selepas mendengar demonya dan saya sangat berpuas hati dengan hasil kerjasama ini. Saya rasa inilah versi diri saya yang selama ini ingin ditampilkan pada dunia,” tambah Killa Driz lagi.

Semestinya karya ini juga didatangkan dengan sebuah video muzik yang hebat.

“Proses rakaman video muzik sangat mudah. Saya berpeluang bekerja dengan Unfold yang mengarah dan merakam klip video Sengkek dendangan Yonnyboi dan ALYPH.

“Saya memberi mereka kepercayaan sepenuhnya untuk penghasilan video muzik tersebut. Semuanya berjalan lancar dan suntingannya juga sangat luar biasa. Saya memang teruja untuk orang lain menyaksikannya.

“Konsepnya juga agak unik kerana ia banyak menampilkan karya seni lukis. Ada juga karya seniman agung Van Gogh yang sempat diselitkan bersama.

“Konsep ini dipilih kerana saya sendiri suka melukis sepanjang saya membesar. Ia merupakan satu lagi cara untuk meluahkan emosi selain melalui lagu.

“Malah, saya juga berkesempatan untuk menghasilkan sebuah karya seni lukis sendiri selain diberi peluang memilih karya-karya yang ingin saya tampilkan dalam lagu ini.

“Lukisan saya juga mencerminkan perasaan saya serta apa yang pernah saya lalui dan bakal tempuhi. Pada saya ia sangat lengkap.

“Karya-karya seni lukis itu juga merupakan tanda simbolik tentang perasaan saya serta keinginan untuk mendapat lebih banyak keuntungan dalam hidup. Segalanya ada makna.

“Saya idamkan sesuatu yang mampu membawa kejayaan serta ketenangan dalam hidup. Sesuai dengan pesan lagu ini yang tidak pedulikan tentang kata-kata orang lain,” jelasnya panjang lebar.

Killa Driz juga berharap supaya karyanya ini dapat diterima oleh semua yang mendengar dan mampu membakar semangat orang lain untuk terus mengejar impian masing-masing tanpa perlu menggadaikan keperibadian diri demi mengecapi kejayaan.

Single Rap$tar boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 16 Jun 2023, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Def Jam Malaysia. – BOOM!

Previous Post

SITISM Buah Tangan Terbaharu Siti Nurhaliza, Konsep Cyber Retro Futurism Setanding Kehebatannya!

Next Post

‘Jaga Dia’ Bingkisan Syahdu Ajoi Zainal Khas Buat Arwah Bapa

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Anggota NCT Pertama Tamatkan Latihan Ketenteraan Wajib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Kukuhkan Peranan Bangunkan Pelapis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mimi Lana Luah Rasa Sedih | Rizky Febian Mahalini Beza Agama | Abang Tesla Bawa Dua Bini Tunai Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Belajar Dulu, Kemudian Hafal” – Abe Kelate Dari Turki Tunjuk Handal Rap Melayu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd