Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Khong-Khaek: The Djinn’s Curse Filem Seram Islamik Pertama Thailand Ditayang Di Malaysia

03/11/2023
Sharifah Zarifaholeh Sharifah Zarifah
in Filem, Global
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse Filem Seram Islamik Pertama Thailand Ditayang Di Malaysia

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan besar apabila menjadi filem seram Islamik pertama Thailand.

Filem itu juga mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan box office sejak ditayangkan di Thailand mulai 28 September lalu.

Menarik lagi apabila filem tersebut turut tular dan menjadi sebutan di Malaysia, malah trailer rasminya sahaja sudah meraih jumlah tiga juta tontonan menerusi akaun TikTok @sukafilem.

Untuk tidak mengecewakan para peminat filem seram di Malaysia, Yusrych Global Sdn Bhd membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment itu ke pawagam seluruh Malaysia mulai hari ini, 2 November.

Pengasas Yusrych Global Sdn. Bhd., Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari ia diperkatakan orang ramai di media sosial.

“Saya percaya filem ini akan pecah panggung apabila ditayangkan di Malaysia, tambahan pula kutipan di Thailand sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

“Kalau melihat pada komen pula, ramai yang teruja nak menonton dan tertanya-tanya bila akan tayang di Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, Yusrych Global Sdn Bhd bertindak sebagai penerbit dan edaran bersama untuk filem Anwar The Untold Story dan Khong-Khaek: The Djinn’s Curse menjadi filem kedua edaran syarikat berkenaan.

Sementara itu, pengarah Kriangkrai Monvichit, berkata, idea untuk menghasilkan filem ini tercetus selepas isterinya berkongsi pengalaman seram.

“Isteri saya seorang penulis skrip dan selalunya dia menulis bersendirian. Tetapi satu hari, dia mengadu sering terdengar bunyi yang aneh dan bulu roma meremang secara tiba-tiba.

“Dan disebabkan itu dia tidak lagi menulis kerana berasa terganggu dan tidak boleh fokus,” katanya.

Khong-Khaek: The Djinn’s Curse dibarisi para pelakon hebat Thailand seperti Golf-Akara Lucas, Tubtim-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong, Thiti Phoom-on, Sontana Chitmanee, Hakeem Dhanawicit dan Ahmad Kasemiyah Dolah.

Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin kerana mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan makhluk halus.

Kriangkrai juga tidak menafikan terdapat beberapa kejadian seram dan pelik sepanjang penggambaran dilakukan.

“Ada pelakon yang mengalami gangguan, misalnya ketika pelakon utamanya, Golf berbaring, dia merasakan seperti ada orang berbaring di sebelahnya tetapi apabila dia menoleh, tiada sesiapa di situ.

“Selain itu, ada seorang lagi pelakon iaitu Lee Ping dan beberapa orang kru ternampak suatu kelibat yang pelik sehingga mereka tidak mahu meneruskan penggambaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebagai pengarah Kriangkai berharap apabila filem ini ditayangkan di Malaysia, ia mendapat sambutan hangat penonton.

“Dari sudut agama dan budaya, memang tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Apatah lagi kisah yang dipaparkan adalah tentang masyarakat di Selatan Thailand.

“Jadi, saya harap penonton Malaysia Fdak melepaskan peluang untuk menonton filem ini nanti,” ujarnya. – BOOM!

Previous Post

Kecoh Pakai Anting-Anting Bentuk Salib, Scha Al-Yahya Jelaskan Salah Faham

Next Post

Influencer Rumaisyah Yahya Curi Brokoli, Penyangkut Baju Dan Barang Keperluan Lebih RM100 Didenda RM400

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Mariah Carey Enggan Iktiraf Zuriat Lain Sebagai Adik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd