Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Khidmat Semua Ahli Perbadanan Finas Ditamatkan Berkuat Kuasa 16 Disember 2022?

22/12/2022
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Khidmat Semua Ahli Perbadanan Finas Ditamatkan Berkuat Kuasa 16 Disember 2022?

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Selepas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Senator Datuk Seri Zurainah Musa dibatalkan perkhidmatan pada 8 Disember lalu, dikhabarkan sembilan Ahli Perbadanan agensi berkenaan turut menerima nasib sama.

Desas-desus mengatakan, kesemua ahli tersebut ditamatkan kontrak pada 16 Disember lalu berkuat kuasa serta-merta dan surat dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi Dan Digital.

Zed Zaidi enggan sebarang keterangan kepada pihak media.

BOOM! cuba mendapatkan pengesahan daripada seorang Ahli Perbadanan yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi, namun dia enggan memberi sebarang komen.

Zed hanya menyarankan agar pihak media menunggu sidang media yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan.

“Minggu depan kita buat sidang media bersama persatuan gabungan Finas,” jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, BOOM! sempat meminta pandangan daripada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh mengenai berita yang hangat diperkatakan itu.

“Bagi saya, sepatutnya kekalkan sahaja mereka yang melaksanakan tugas dan jika mahu gugurkan, keluarkan yang bermasalah. Tidak perlu dirombak semua.

Ayu menyatakan bahawa sewajar pihak Finas hanya memberhentikan yang bermasalah sahaja dan rombak yang lain.

“Kita perlu lihat dari sudut positif dan membuat keputusan secara adil. Ada yang betul-betul berjuang demi pemain industri ini,” katanya.

Tambah Ayu lagi, dia berpendapat bahawa Ahli Perbadanan perlu dilantik dalam kalangan pemain industri kerana mereka lebih berpengalaman dan arif tentang selok-belok dunia hiburan tanah air.

“Bila kita lantik individu yang pakar, mereka secara tidak langsung dapat membantu para pembikin filem dan drama atau sewaktu dengannya dari pelbagai aspek.

“Kalau boleh, janganlah selepas rombakan, dimasukkan pula orang-orang yang tidak tahu apa-apa fasal industri ini, susah kami nanti.

Ayu berasa sungguh kecewa terhadap tindakan Finas.

“Pun begitu saya percaya YB Menteri akan membuat keputusan bijak serta adil demi kemajuan industri kita,” katanya meletak harapan.

Selain Zed, antara nama yang sebelum ini dilantik menjadi Ahli Perbadanan ialah Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Haji Rosmadi Hj. Ismail, Kolonel Bersekutu (PA) Datuk A. Aida, Mastura Ahmad Mustafa, Adam Ham, Ahmad Ibrahim (Mat London), Shures Ratnakrishnan dan Idwan Ariff Abdul Rahman. – BOOM!

Previous Post

Lagi Mangsa PU Azman | Amin Idris Diseru | Fazley Ditawar Bertanding | Anita Kahwin Lain

Next Post

[V] Hampir Setahun Menjadi Balu, Anita Baharom Kini Sah Isteri Kepada Duda Anak Lapan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ya, Kami Dah Putus!” – Empat Tahun Bercinta, Riena Diana Reda Impian Berkahwin Musnah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd