Kisah hidup Britney Spears kembali menggegarkan dunia hiburan! Bekas suami, Kevin Federline, mendedahkan dalam memoir terbarunya You Thought You Knew bahawa beliau amat bimbang dengan keadaan Britney sekarang, malah memberi amaran:
“Sesuatu buruk akan berlaku jika situasi tidak berubah.”
Lebih mengejutkan, Kevin turut mendakwa malam sebelum perkahwinan mereka, Britney dikatakan membuat panggilan telefon kepada bekas kekasihnya, Justin Timberlake.

Britney dan Justin pernah menjadi pasangan paling glamor Hollywood sekitar akhir 1990-an hingga awal 2000-an, sebelum hubungan mereka putus secara kontroversi pada tahun 2002.
Britney kemudiannya berkahwin dengan Kevin pada tahun 2004, hanya selepas beberapa bulan bercinta. Perkahwinan itu mengejutkan peminat, namun berakhir dengan perceraian pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki.

Netizen pantas memberikan reaksi. Ada yang menyokong kenyataan Kevin dan percaya Britney masih bergelut dengan tekanan hidup. Namun, ramai juga yang tampil mempertahankan Britney, menganggap beliau mangsa keadaan dan menolak dakwaan sensasi itu sebagai cubaan meraih publisiti.
– BOOM!









