Pelakon popular, Meerqeen mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia pernah melalui hubungan toksik hingga sanggup membiarkan kepalanya dipijak oleh kekasih hanya kerana terlalu cinta.
Menerusi laporan Harian Metro, Meerqeen berkata dia pernah menjadi lelaki yang terlalu menyayangi hingga tunduk dengan segala kemahuan pasangan, meskipun sering dihina dan diherdik.
“Saya percaya ada lelaki yang sabar serta sanggup menerima layanan buruk daripada orang tersayang kerana perasaan sayang, selain yakin si dia akan berubah.”
“Saya juga pernah berdepan situasi sebegitu seperti diherdik kekasih dan sebagainya. Saya tak marah, tapi kesabaran ada hadnya.”
Akhirnya, Meerqeen membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut selepas menyedari sikap toksik itu tidak akan berubah.
“Itu cerita dulu… maknanya saya cuma nak maklumkan masih ramai lelaki yang sedia terima apa sahaja demi cinta.”
Pengakuan ikhlas Meerqeen itu menerima pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan keberaniannya berkongsi sisi peribadi yang jarang dibicarakan kaum lelaki. – BOOM!