Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kenyataan Undang Persepsi Negatif, Ahli Parlimen Kuantan Mengaku Khilaf Kecam Baby Shima

08/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Kenyataan Undang Persepsi Negatif, Ahli Parlimen Kuantan Mengaku Khilaf Kecam Baby Shima

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor memohon maaf secara terbuka kepada Baby Shima kerana mengkritik penyanyi dangdut tersebut walaupun persembahan belum bermula.

Hantaran permohonan maaf itu dimuat naik Baby Shima di laman sosial Instagram (IG) nya pada malam Selasa.

Menerusi permohonan tersebut, Wan Razali merujuk kepada hantarannya di Facebook (FB) bertarikh 17 Februari lalu berkenaan penglibatan Baby Shima dalam program Hari Bandaraya Mesra komuniti yang
berlangsung di Sungai Isap Damai, Kuantan pada 18 Februari 2023.

Wan Razali mengakui kesilapannya dan mengesahkan Baby Shima berpakaian sopan dan menutup aurat pada majlis keagamaan tersebut.

“Saya merujuk kepada hantaran sava di Facebook Page Wan Razali Wan Nor bertarikh 17 Februari 2023 berkenaan penglibatan artis Baby Shima dalam program Hari Bandaraya Mesra komuniti yang
berlangsung di Sungai Isap Damai Kuantan pada 18 Februari 2023.

“Pada 18 Februari 2023, artis Baby Shima hadir dalam program tersebut dan membuat persembahan beberapa buah lagu serta berselawat dengan penampilan sopan dan menutup aurat.

“Saya percaya penampilan tersebut adalah sesuai dengan tatasusila setempat dan
boleh diterima oleh masyarakat setempat.

“Penampilan tersebut sekaligus menjawab kekhilafan orang ramai sebelum daripada
persembahan tersebut.

“Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan tersebut dan menarik balik kenyataan pada hantaran saya yang disiarkan pada 17 Februari 2023.

“Permohonan maaf ini dibuat tanpa syarat dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya,” tulis Wan Razali pada akaun FBnya semalam.

Sementara itu Baby Shima mengucapkan terima kasih kepada Wan Razali dan berharap agar perkara tersebut menjadi peringatan kepada semua.

Dia juga menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata.

“Alhamdulillah, kebenaran akhirnya
berpihak pada Shima. Semoga menjadi peringatan kepada semua untuk lebih berhati
hati apabila berkata-kata,” katanya.

Terdahulu, Wan Razali yang juga pemimpin tertinggi PAS Kuantan itu mendakwa pihaknya menghantar surat bantahan rasmi kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Bantahan dibuat kononnya hari sambutan Israk Mikraj itu dikhuatiri akan merosakkan majlis dan hari yang mulia.

Susulan itu Baby Shima telah dikritik dan dikecam teruk kerana kenyataan dibuat Wan Razali telah mengundang persepsi negatif.

Tidak mendiamkan diri, Baby Shima menggunakan perkhidmatan peguam untuk meneliti isu tersebut kerana hantaran dibuat Wan Razali dianggap sebagai fitnah.

Tambahan lagi pada majlis tersebut, Baby Shima tampil dengan imej sopan malah bertudung dan persembahkan empat lagu selawat ke atas nabi. – BOOM!

Previous Post

PA Shuib Pertikai Kenyataan Jep – “Kenapa Burukkan Sahabat, Tak Cerita Hal Sebenar?”

Next Post

Syafiq Abdillah Teruja Dengan ‘Kekal’ – “Lagunya Indah Dan Mampu Menyentuh Perasaan”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd