Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Kenapa Ramai Orang Benci Saya?” – Alami Tekanan, Baby Shima Jalani Rawatan Mental

19/11/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Kenapa Ramai Orang Benci Saya?” – Alami Tekanan, Baby Shima Jalani Rawatan Mental

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Dibelenggu bermacam-macam kontroversi sejak kebelakangan ini, ternyata keadaan itu secara tidak langsung menjerumuskan Baby Shima ke kancah tekanan perasaan hingga menyebabkannya hampir mengalami depresi.

Baru melancarkan single Lalai, peserta Big Stage musim pertama pada 2018 itu mengakui dia sudah tidak tahan mendengar kecaman melampau warganet yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya betul-betul stess, ini bukan main-main! Hinggakan saya terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling di sebuah klinik pakar mental.

“Kalau ikutkan hati, awalnya saya tak mahu mendapatkan khidmat ini. Apatah lagi saya kurang pendedahan tentang kesihatan mental seperti ini.

“Namun setelah dinasihati kawan rapat, akhirnya saya setuju untuk mencubanya asalkan mampu mengurangkan tekanan dihadapi,” akui Shima atau Nor Ashima Ramli, 29.

Shima berkata demikian ketika ditemui selepas sesi kaunseling dihadirinya di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur semalam.

Pada masa sama, usai menjalani sesi rawatan kaunseling bersama seorang kaunselor, Muhamad Nabil Che Musa yang merupakan sukarelawan di pusat berkenaan, dia berasa lega dan berpuas hati.

“Saya rasa okey sedikit selepas lalui sesi kaunseling. Selama ini, saya cuma pendam. Apabila meluahkan semuanya, baru rasa lebih baik.

“Semua masalah saya ceritakan kepada Nabil. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang.

“Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini pada masa akan datang agar keberkesanannya dapat dirasai sepenuhnya,” katanya yang berpuas hati dengan khidmat ditawarkan Rumah Prihatin diasaskan oleh bekas Menteri Wilayah, Tan Sri TPr Annuar Musa itu.

Tambah Shima, dulu dia seorang penyabar dan cekal menangani ujian dunia glamor, namun kini tidak lagi.

“Hingga ke tahap ini, saya betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa macam boleh terima tetapi sampai satu tahap, saya sangat down!

“Saya bukan tak boleh ditegur tetapi tegurlah dengan adab, bukannya memaki hamun.

“Memang ramai yang menegur dalam nada keterlaluan sehingga tahap menghina,” luahnya sambil mengesat titisan air mata mengenangkan nasibnya yang menyedihkan.

Shima turut mendakwa, orang luar selalu melihatnya tersenyum dan ceria dalam laman sosial, hakikatnya dia saja tahu betapa seksanya jiwa menanggung hukuman ‘kekejaman’ si pembuli siber.

“Berat badan saya turun mendadak daripada 45 kilogram kepada 39 kilogram. Selera makan saya okey, tetapi entahlah.

“Serba tak kena. Nak hafal skrip senang pun tak boleh. Sangat mengganggu!” tambahnya.

Di samping itu, simptom depresi yang ditunjukkan Shima memaksanya bertemu doktor untuk mengambil ubat penenang.

“Saya pun pelik kenapa ramai sangat orang benci saya. Apa yang telah saya buat hingga mereka mengecam seteruk macam tu?

“Dengan apa yang berlaku, ia mengakibatkan fikiran saya serabut. Namun tidaklah sampai nak bunuh diri,” ceritanya panjang lebar.

Berbeza senarionya di Indonesia, Shima merasakan peminat di sana menegur secara hemah tanpa adanya unsur hinaan atau niat ingin mengaibkan.

“Di sini, lain halnya. Peminat tempatan sesetengahnya lebih bersikap menghukum terlebih dahulu sebelum mengetahui kesahihan di sebalik sesuatu isu,” ujar Shima dalam nada penuh kekecewaan. – BOOM!

Previous Post

“Saya Selamat Dalam Jagaan Keluarga” – Nynaa Harizal Mohon Cerai Cara Baik

Next Post

“Kenapa Letak 7 Syarat Kalau Nak Cerai Cara Baik?” – Pertikai Suami Nynaa Harizal

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd