Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang disifatkan semakin hilang adab ketika berkomunikasi.
Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, insiden itu berlaku apabila dia menerima mesej daripada seorang individu yang bertanya tentang kesediaannya pada tarikh tertentu.

“Biasanya orang akan terus nyatakan tujuan jemputan, contohnya untuk malam gala di lokasi tertentu.
Tapi kali ini, bila saya tanya ‘ada apa?’, dia jawab ‘Buat persembahanlah. Takkan nak tengok saya meniaga pula?’,” katanya menerusi Threads.
Shiha mengakui, kerana cara komunikasi yang kurang sopan itu, dia memutuskan untuk menolak jemputan tersebut.
“Lain kali tulis terus untuk malam gala atau majlis.
Kalau ya pun, jawab dengan sopan.
Sikap macam itu buat saya terus balas tak free,” ujarnya.
Tambah Shiha, walaupun nombor pengurus telah diberikan untuk urusan rasmi, individu terbabit tetap menghubunginya secara peribadi.

“Saya bukan apa, malas nak hadap perangai begitu.
Kita pilih berurusan dengan perkara positif sahaja,” jelasnya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Shiha dan turut menegur sikap kurang profesional segelintir pihak dalam berkomunikasi. – BOOM!









