Nama personaliti media sosial, Kim Seri sekali lagi menjadi perbualan hangat selepas bekas kakak iparnya, Azlina, membuat pendedahan mengejutkan di media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, Azlina memuat naik tangkap layar kenyataan Kim Seri yang mendakwa bekas suaminya (adik Azlina) turut berhutang dengannya.


Tidak berdiam diri, Azlina kemudian menuntut Kim Seri menyediakan sejumlah wang untuk membayar semula hutang yang didakwa masih tertunggak.
Azlina turut mendakwa, Kim Seri pernah menggunakan wang daripada sebuah syarikat untuk kepentingan peribadi.
“Kau ingat company tu nak diam ke, kau dah telan duit 72 staf dia untuk pergi bercuti,” tulisnya lantang.
Beliau turut memperingatkan Kim Seri supaya tidak mengelak daripada menyelesaikan isu itu, malah menyuruh personaliti media sosial berkenaan segera menyediakan peguam.
Sebelum ini, Kim Seri sering dikritik netizen kerana didakwa berhutang dengan beberapa pihak, namun masih aktif membuat konten di media sosial seolah-olah tidak terkesan dengan dakwaan tersebut. – BOOM!










