Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Kau Kenapa Nak Perasan K-Pop Sangat?” – Pertaruhkan Kan Kan, Zarol Zarif Dikata Syok Sendiri

16/12/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Kau Kenapa Nak Perasan K-Pop Sangat?” – Pertaruhkan Kan Kan, Zarol Zarif Dikata Syok Sendiri

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mula bertapak dalam bidang seni sebaik menyertai program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) seangkatan dengan Amir Masdi, bagaimanapun nama Zarol Zarif lebih diingati sebagai YouTuber, bukannya penyanyi.

Tahun ini, genap lima tahun hayat karier nyanyiannya dan biarpun tak dikenali sebagai penyanyi, Zarol atau Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 29, tidak pernah berhenti menyanyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarol Zarif Kan Kan (@zarolzarif)

“Diakui, ramai yang terkejut apabila mereka mengetahui saya lahir dari pentas AF terutamanya pengikut setia yang mengikuti saluran YouTube Cikidot.

“Mereka ingatkan sejarah pembabitan seni saya bermula sebagai YouTuber dan tak teringat tentang penyertaan dalam rancangan AF2016 kerana ketika itu saya disingkirkan di minggu ketujuh.

“Apatah lagi dua buah single terawal saya sebelum ini kurang mendapat sambutan, sekali gus gagal menonjol dalam bidang nyanyian,” ujarnya.

Zarol berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single ketiganya berjudul Kan Kan yang diadakan di Bandar Kinrara, Puchong.

Zarol bersama geng Cikidot yang popular di saluran YouTube.

 

Menurutnya, dia enggan menanti dan terus memperjudikan nasib, maka sebab itulah anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu tekad membuka laluan sendiri dengan menjadi seorang bintang YouTube.

“Selepas keluar AF, kehidupan saya agak mencabar terutamanya apabila ayah meninggal dunia.

“Ketika itu banyak tawaran menyanyi terpaksa ditolak kerana saya perlu pulang ke kampung selama setahun untuk menemani emak yang tinggal berseorangan.

“Beberapa tawaran untuk merakamkan lagu juga ditolak kerana tidak memenuhi cita rasa saya,” jelasnya.

Sudah selesa bergelar YouTuber, Zarol tidak menafikan minatnya terhadap bidang nyanyian masih mendalam.

Cita-citanya dalam bidang seni hanya satu iaitu mahu memiliki sebuah lagu popular yang menjadi siulan ramai sebelum mencecah usia 30 tahun.

Mengulas tentang Kan Kan, jejaka tersebut yang berimej K-Pop memilih untuk mengetengahkan lagu bergenre rancak bagi memperkemaskan langkah seninya menjadi penyanyi.

Baru saja dilancarkan, baru-baru ini Zarol dicemuh peminat tegar industri muzik Korea Selatan yang menganggapnya syok sendiri kerana meniru artis kegemaran mereka.

“Kau kenapa nak perasan sangat? Muka tak sama langsung ada hati nak jadi K-Pop!” memetik kecaman dilemparkan di akaun Instagram Zarol.

Pun begitu, pemuda itu tidak mudah melenting dan menjawabnya dengan tenang.

“Ya, saya dah cermin diri dan sedar tak layak nak masuk AJL. Apapun, bukan awak yang tentukan rezeki sesiapa pun,” balasnya.

Berbicara lanjut mengenai single terbaharunya yang dibikin bersama komposer dan penyanyi Cat Farish, Zarol sanggup menukar haluan muzik demi meraih perhatian pendengar.

Zarol yang kini bernaung bawah bumbung Ace Talents mengakui lebih meminati genre balada bagaimanapun sedar pembaharuan harus dilakukan demi kelangsungan karier nyanyian. – BOOM!

Previous Post

“Alahai, So Sweet!” – Elisya Sandha Hadiahkan Suami Motosikal Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Next Post

“Tuah Saya Ada Ramai Kenalan Melayu” – Badarsila Beri Kelebihan Buat Suki Low

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd