Penyanyi AS, Katy Perry, mengejutkan dunia apabila secara rasmi berkongsi hubungan cintanya dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau melalui satu hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Katy memuat naik foto mesra bersama ketika berada di Jepun sempena siri jelajah Lifetimes.
Pengumuman tersebut pantas mencetuskan perbualan hangat peminat yang tidak menyangka hubungan mereka akhirnya disahkan.

Dalam hantaran itu, Katy memuat naik beberapa foto mesra dari lawatannya ke Jepun sempena The Lifetimes Tour.
Salah satu gambar menunjukkan dia bersama Trudeau ketika berada di Tokyo. Turut dikongsi ialah momen mereka menikmati makanan dan melawat pameran seni.

Katy, 41, mencipta nama sebagai bintang pop global sejak lewat 2000-an dengan lagu-lagu hit seperti Firework, Roar dan Hot n Cold.
Trudeau, 53, pernah menjadi Perdana Menteri Kanada yang ke-23 dari 2015 hingga 2025.
Walaupun hantaran itu jelas menunjukkan keakraban mereka, pasangan ini tidak memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai status hubungan mereka.

Namun hantaran Instagram tersebut menamatkan spekulasi yang bertiup sejak beberapa bulan lalu mengenai terjalinnya hubungan romantis pasangan berkenaan. –Boom!









