Aksi penyanyi Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, berpegangan tangan di sebuah acara di Paris seolah-olah mengesahkan hubungan mereka.

Laman berita selebriti TMZ menyiarkan gambar dan rakaman video pasangan itu berjalan sambil berpegangan tangan sebelum masuk ke dalam sebuah kereta.
Bagaimanapun, setakat ini Katy mahupun Trudeau belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan tersebut.

Kehadiran Trudeau pada konsert Katy awal tahun ini sekali gus mencetuskan khabar angin mengenai hubungan cinta antara mereka.
Kemunculan mereka di Paris turut bertepatan dengan sambutan ulang tahun kelahiran Katy yang ke-41 pada hujung minggu lalu, dan dipercayai menjadi penampilan umum pertama mereka sebagai pasangan.

Dalam satu jelajah terbarunya di London, Katy dilihat seolah-olah memberi bayangan tentang status hubungannya.
Ketika seorang penonton melamarnya semasa persembahan, penyanyi itu berseloroh:
“Kalaulah awak tanya saya 48 jam yang lalu.”

Gurauan itu dibuat hanya beberapa hari selepas gambar Katy dan Trudeau mula tersebar di internet.
– Boom!









